Virus corona ada disebut dalam al-Quran surah Al-Ahzab?

Ni antara gambar-gambar viral di fb dan WhatsApp mengenai perkataan Corona. Semua karut marut tapi ramai yang percaya.



Sekali kata qorona bermaksud berterusan, kena tukar jadi Qif-19 yang bermaksud berhenti 19. Karut. Buat apa nak berhenti nombor 19? sepatutnya berhentilah virus Corona.

Sekali kata qorana bermaksud duduk tetap di rumah. Berlawanan pula makna dengan yang viral kata kena tukar Qif-19 tu. Dibawa dalil surah Al-Ahzab ayat 33.

(وَقَرۡنَ فِی بُیُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِیَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ )
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah"

[Surah Al-Ahzab 33]

Sedangkan perkataan قَرْنَ dalam ayat tu adalah fiil amar bagi antunna. Asal perkataan ialah وَقِرَ WAQIRA.

Waqira yaqoru
Fiil amar:
Anta qor
Antum qoruu
Antunna qorna

Dan yang viral awal-awal dulu pasal buku iqra' perkataan qorona tu. Macam budak-budak guna dalil buku iqra', tapi ramai yang percaya.

Tuan-tuan yang mulia, perkataan virus Corana dalam bahasa arab ialah فَيْروس كورونا (FAIRUS KURUNA) . Bukan guna huruf ق. Cukuplah, lepas ni  jangan lah cari perkataan yang hampir kuruna dalam Qur'an.

Lebih baik guna masa yang ada untuk belajar Bahasa Arab dengan istiqamah. Barulah tak mudah ditipu oleh orang-orang bodoh.

Nanti kalau kawan nama Fairus, jangan lah kata tu maknanya virus. Tu sekadar variasi ejaan Fairuz je.

Sumber : Fb mohd yazid
Virus corona ada disebut dalam al-Quran surah Al-Ahzab? Virus corona ada disebut dalam al-Quran surah Al-Ahzab? Reviewed by cikguzim on 3.4.20 Rating: 5

1 ulasan:

  1. ya, siapa yang kaitkan dengan surah al-Ahzab tu kena tengok dulu ayat sebelumnya, tadabbur ayat tu sepenuhnya tentang apa..sebab tu saya masukkan juga ayat 32 dalam entri..dan kupas juga arahan tu lebih kepada wanita menjaga dirinya...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.