PKP, makcik Kiah dan Covid 19
.
Apa maksud pemalar 2.2 tu?
Contohnya Mak Cik Kiah dijangkiti COVID-19 dan disahkan positif. Penyakit Covid19 dari Mak Cik Kiah itu berupaya menular kepada 2.2 orang. Maknanya suami dan anak Mak Cik Kiah akan mudah dijangkiti. Selagi mereka bergaul dan sama-sama menjual goreng pisang dan berada di jarak 6 kaki, selagi itulah mereka akan terkesan dan akhirnya juga positif.
.
Kemudian suami dan anak Mak Cik Kiah itu pula akan akan menjangkitkan kepada orang lain sebanyak 2.2 juga.
💦Total sekarang 4.84 orang.
💦Seterusnya 4.84 orang itu menjangkiti kepada 10.6 orang,
💦seterusnya 23.4,
💦Seterusnya 51.5,
💦Kemudian, rantaian bersambung seperti sistem MLM (saya tolong kira);
⏩ 113.4 orang
⏩ 249.4 orang
⏩ 548.8 orang
⏩ 1207 orang
⏩ 2655 orang
⏩ 5841 orang
⏩ 12850 orang
⏩ 28270 orang (Ini anggaran kes akan berlaku sehingga 25.3.2020.
.
Tetapi pada 25hb Mac jumlah jangkitan adalah 1796 kes COVID-19 di Malaysia, bukannya 28270 kes.
.
Sebab apa? Kerana 95% rakyat negara kita patuh arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Dengan PKP ini rantaian jangkitan akan terputus. Mak Cik Kiah, suami dan anak daranya tidak boleh membawang sambil jual goreng pisang.
.
Jika tidak patuh, dibimbangi 'thunami' akan berlaku.
.
So...duduk rumah! Duduk Rumah! Duduk Rumah!
.
Sekian
Dr Suhazeli Abdullah
27.3.2020
Rumah Kuala Berang
Catat Ulasan
3 Ulasan
Terima kasih atas perkongsian. Glamer makcik kiah 😁
BalasPadambetul,stay home,stay safe
BalasPadamhahahah sekarang ni semua nak guna analogi mak cik kiah...
BalasPadam