Ramadhan 2020 yang tak sama dengan sebelumnya

Norma baru aktiviti bulan Ramadhan kali ni:

1. Solat tarawih di rumah di mana ketua keluarga menjadi imam (kecuali yang berjauhan atau berseorangan di rumah).

2. Solat jemaah dan tadarus beramai-ramai di rumah (kecuali yang berseorangan di rumah).

3. Bekerja dari rumah, kurang penat puasa dan sentiasa berkesempatan sahur serta berbuka bersama keluarga (kecuali yang berseorangan di rumah).

4. Anak-anak belajar subjek sekolah serta dapat asuhan agama seperti solat dan puasa di bawah pantauan terus ibu bapa. Mula rasai sedikit sebanyak pengalaman 'home schooling' (yang berjauhan akan jadi terhad).

5. Aktiviti berniaga dari rumah semakin rancak kerana para peniaga masih perlu mencari rezeki di kala sebahagian bisnes terkesan teruk. Malah mencuba bisnes baru berbanding bisnes/ pekerjaan sekarang. Terutamanya bisnes penghantaran makanan.


6. Persediaan menyambut Syawal (ketika Ramadhan) akan lebih berjimat kerana kemungkinan Syawal tiada kunjung mengunjung, dan solat raya. Kekurangan tunai dan situasi ekonomi juga memberi kesan kepentingan berjimat.

7. ... Lagi?

Ramadhan kali ni lain, memang lain. Doakan virus ini dibawa pergi dengan doa2 kita semua insyaallah.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Ramadhan mewah rasa.Salam ramadhan ya.

    BalasPadam
  2. salam Ramadan kareem, terasa kesunyiannya Ramadan kali ini

    BalasPadam
  3. salam ramadan,memang luar biasa kali sambutan ramadan

    BalasPadam