Alamak lama tak jalan jauh kereta ok ke?

Dah sebulan lebih tak isi minyak kereta disebabkan PKP. Wow minyak dah turun harga murah pun belum sempat lagi beli minyak. Isi pun bukan boleh jalan jauh pun aduhh..

Hanya bergerak selang 4 5 hari je dalam radius tak sampai 10 km. 

Ada rakan yang memang tak bergerak jauh kereta dia akibatnya bateri kereta kong tak boleh start, naya juga tu bengkel banyak tak buka. Kena pandai juga jaga kereta kalau lama tak jalan jauh...

Sumber gambar wikihow.

Ini tips saya dapat dari bharian, antaranya ; 

1. Hidupkan enjin kenderaan setiap tujuh hari atau kurang sekitar 10 minit bagi memastikan bateri sentiasa berkuasa.

2. Pastikan pendingin udara dan sistem hiburan tidak dihidupkan untuk kuasa yang optimum. Maksudnya di sini sebelum kunci kereta tu pastikan aircond dah tutup begitu juga radio.


Waktu PKP pakai kereta macam ni dah tiada makna lagi. Bukan kereta saya sekadar hiasan...

3. Periksa tekanan tayar dan gerakkan kenderaan kenderaan ke hadapan dan belakang bagi mengelakkan tayar kempis.

4.Lepaskan brek tangan/kaki bagi mengelakkan ia tersekat dan sendal tayar dengan batu bata atau sebarang objek yang boleh menghalang kenderaan daripada bergerak.

5.Hidupkan pengelap cermin bagi mengelakkan ia melekat.

6.Lap bahagian papan pemuka dan bersihkan ruang dalaman serta keluarkan barangan yang tidak diperlukan untuk kebersihan.

7.Sembur pewangi udara untuk memastikan ruang dalaman kereta sentiasa segar dan harum.

8.Periksa juga di sekitar luaran badan kenderaan bagi melihat jika ada kerosakan yang boleh dibaiki selepas tempoh PKP.

Kredit : Bharian

Nasib sebelum PKP sempat servis kereta, tukar bateri renew segalan insuran dan roadtax kereta motor. Semua tips di atas saya buat. Memang banyak jimat duit minyak untuk waktu ni keluar duit beli barang dapur je. Hikmah PKP..

Moga cepat habis la Covid 19 di Malaysia, we want our normal life again. Aminnnnn...

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tq utk tips nya cikgu.msagt berguna utk sy yg perempuan dan bujangan ini..hahah

    BalasPadam
  2. guna juga kereta. pergi beli brg... )

    BalasPadam