Berat badan naik ke turun masa PKP?

Salam Ramadhan dan  salam sambung PKP tambah 2 minggu lagi dan yang pasti kalau kes covid masih ada mungkin lanjut lagi sampai raya. Memang lain puasa dan raya tahun ni, terus sabar dan berdoa...

Selama ber PKP ni ada timhang berat badan ke tak? Kerap juga timbang dalam 3 4 hari sekali nak cek lemak- lemak yang terkumpul. Mujur takda perubahan sangat naik sikit turun sikit hahaha walaupun kerap buka peti. Yang penting nak maintain berat badan ni kena jaga tabiat makan dan bersenamlah selalu..

Berat awal Mac 2020

Berat hingga April 2020, 1 Ramadhan 2020. Hari ini 3 Ramadhan dah...

Moga berat terus maintain. Berat ideal memang dah dapat dan maintain beberapa tahun ni, saja letak target weight 69 kg supaya selalu nak workout dan jaga makan (jaga makan sgt ke?? Haha). Saya guna penimbang Huawei Bodyfat Scale memang ok juga kena dengan harga dia untuk cek kesihatan. 

Masa PKP jangan duduk saja, seimbangkan semua aktivti buat sama dengan keluarga mcm main, belajar, ibadat, tengok cerita sama2, senam sama2, kemas rumah sama2 dll jadi banyak aktiviti yang boleh sihatkan mental dan fizikal.

Bila buat macam2 aktiviti kita takkan fikir sangat pasal makan betul tak? Ada isteri2 suka masak kemudian tak jadi sampai wujud facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, ini boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan hehehe.

Dan dalam bulan puasa ni biasanya memang akan kurangkan atau tak workout pun. Ramadhan is the month of rest and increase the ibadah.

Puasa kali ni rasa lebih seronok sebab dapat puasa di rumah bersama keluarga sepenuhnya.

Salam Ramadhan 2020. Stay home stay safe stay healthy..



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. so far masih maintain camtu gak, sebab pkp pun saya masih keja, sesekali je wfh. selamat menunaikan ibadat puasa cikgu, stay at home

    BalasPadam
  2. Wah menurun ye... Mama takut nak timbang haha

    BalasPadam