Buat salah tak buat pun salah, nasib cikgu musim PKP

Cikgu oh Cikgu : Aduhai kita. Semoga terus tabah dan sabar.

1. Kerajaan beri cuti dikatakan asyik berehat.
2. Beri kerja kat anak murid dikatakan tidak adil sebab ada murid tidak ada kemudahan.
3. Beri kerja banyak sikit dikatakan membebankan anak anak.


4. Tak beri kerja pada murid dikatakan makan gaji buta.
5. Buat pdpc atas talian dikatakan pilih kasih pada murid tertentu.
6. Maklumkan tentang program TV Pendidikan dikatakan kaedah lama dan generasi sekarang dah tak minat tgk tv.

Sumber : Saharuddin

Cikguzim : Masa musim PKP ni memang selalu grup wassap sekolah berbunyi membincangkan pasal pdp dan kerja-kerja online sekolah yang lain macam bahan bacaan, soalan, strategi kelas dll. Saya percaya sekolah lain pun gitu, mana ada cikgu yang hanya duduk rilek saja tanpa peduli hal anak muridnya.

Banyak cikgu wujudkan grup wassap kelas untuk pastikan murid selalu diingatkan untuk ulangkaji, membaca, buat latihan dll.

Ibu bapa pun kena peka, anak dapat luang 1-2 jam sehari belajar dah cukup.

Harapan lepas berakhir PKP dan buka sekolah?

Ada juga cadangan bagus untuk hapuskan cuti pertengahan tahun dan ambil separuh cuti akhir tahun untuk cover sesi persekolah yang tidak cukup dan nak bagi memenuhi sukatan pelajaran.

Sebenarnya tidak perlu pinda apa2 tarikh, cukup batalkan semua program luar dan dalam bagi tahun ini.  Semua guru fokus mengajar sahaja dan saya rasalah, boleh sahaja habiskan silibus seperti biasa.

Tidak ada lagi urusan-urusan yang mengganggu kerja hakiki guru selain menyahut seruan kerajaan atas larangan berkumpul selama 6 bulan.

Memang itulah tugas sebenar cikgu iaitu mengajar...

Harap PKP cepat berakhir.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Alhamdulillah dapat merasa home schooling. Dulu teringin nak rasa. Sekarang Allah dah bagi. Dalam kesulitan, ada hikmahnya 😊

    BalasPadam
  2. Syukur juga PKP ni selepas ibu ayah saya dah pencen. Kalau tidak mesti saya juga akan dengar kisah-kisah begini dari mereka. Bukan apa, kasihan dengan guru yang serba tak kena dibuatnya. Semoga semua guru tetap tabah dan kita rakyar Malaysia amnya juga terus kuat. Salam perkenalan.

    BalasPadam
  3. Sambung cuti cikgu
    selama ni cikgu2 dan banyak berkorban melaksanakan tugas hakikinya.

    BalasPadam
  4. sy pun tepuk dahi. pdpc on9, dalam 29 murid sorg pun xda respon d group 😭😭😭 dah la form 3 💆💆💆

    BalasPadam
  5. bertabahlah cikgu, inilah rencah kehidupan di hujung jari dengan dunia social media tak akan ada yang puas hati selagi sentiasa merasa diri mereka adalah benar

    BalasPadam
  6. biaq pi la. kalau anak dia x lulus exam jgn salahkan cikgu plak. because u ask for it!

    BalasPadam
  7. Kesian cikgu.. mak oak pun kesian.. nak wfh anak pun lfh huhuu maka bertabaha

    BalasPadam
  8. InsyaaAllah semoga dipermudahkan urusan cikgu-cikgu mendidik anak murid. 😊

    BalasPadam
  9. sabarlah cikgu ye..
    yaya tgok sek ren anak buah yaya pon ada cikgu dorang bagi kerja dan online kelas.
    mcm tu lebih bagus kan..anak2 duduk rumah je pon xbole. mata+otak tu asyik dgn gajet je.kalau buka utk belajar, ilmu xpe ni kekecik lagi dah pndai bermedia sosial...aduh parah pula tgok =(

    BalasPadam
  10. Alahaiii...macam² karenah ibu bapa/pelajar/netizen zaman sekarang ni. bertabahlah wahai cikgu.

    BalasPadam