Bahaya makanan masin dan manis untuk anak kecil

KITA MUNGKIN TAK RASA TAPI BAYI AKAN RASA


Ramai juga yang terkejut dengan posting saya yang lepas..
Haaaa takleh bagi gula dan garam sampai umur 1 tahun???
.
'Tak sedapla bubur ni patutla baby taknak makan..cuba tambah garam sikit'

'Meh letak sos sikit je bagi sesedap rasa'
.
Eh eh eh stop stop situ..jangan gerak tangan anda..jangan letak garam dalam masakan untuk bayi bawah 1 tahun..kalau boleh bawah 2 tahun lagiii bagus..
.
'Kesian anak puan...makanan tak sedap, dia cuma makan satu dua sudu saja'
.
Owh tidak, anda mungkin tak rasa tapi bayi dah rasa macam macam..
Begini cerita nya
.
Selama 6 bulan bayi hanya merasa susu ibu sahaja
Sekarang mommies nak perkenalkan makanan baru
SEMUA yang mommies kenalkan adalah sesuatu yang baru dan pelik kepada anak anak sebab tekstur, bau, dan rasa LAIN dari susu ibu semestinya ada tindak balas dari baby
.
Mungkin baby suka.
Ada yang menolak..
Ada muka pelik tapi makan juga..
Ada selepas bagi 2 3 kali baru menerima
Ini ikut kepada personalti anak masing
TAPI IA BUKAN SEBAB NAK TAMBAH PERASA/GARAM/GULA kepada makanan baby
.
Pada usia 6-12bulan fokus kita bukan nak bagi anak makan sedap tapi nak
- kenalkan makanan lain selain susu ibu
- kenalkan tekstur makanan selain susu ibu
- mengenalpasti allergy
- dan tambah zat sebab keperluan baby dah makin meningkat dan susu ibu sahaja tidak mencukupi
.
.
3 sebab utama GULA dan GARAM tidak boleh diletakkan.

1. BUAH PINGGANG BAYI TAK CUKUP MATANG
- bukan seperti dewasa masih ada organ organ bayi yang tengah matang antaranya buah pinggang
- jika ambil sodium (garam) atau glucose/sucrose (gula) berlebihan buah pinggan dewasa mampu nak bersihkan yang lebihan dari darah
- tetapi bayi tak mampu lagi...yang berlebihan walaupun sikit cukup untuk membuat buah pinggan overwork dan cepat rosak

2. DERIA RASA BAYI 100X LEBIH SENSITIF DARI DEWASA
- Iya..deria rasa bayi banyak yang baru dan sesitif bukan macam lidah kita
- deria di lidah dewasa mungkin banyak dah rosak akibat faktor luaran contoh merokok,merasa makanan panas dan lain lain
- walaupun kita tidak letak perasa bayi dah dapat rasa perisa semulajadi dari makanan yang mommies dah buat, tak perlu tambah apa apa lagi dah
- ada garam dan gula semulajadi dah dalam makanan, tak perlu tambah lagi

3. MENDORONG BAYI MENJADI PICKY EATER
- Kalau pada peringkat awal mommies dah perkenalkan makanan yang 'sedap' akibat penambahan perisa rasa anak nak ke lagi makanan yang perisa semulajadi? tanpa pertambahan perasa
- ini yang menjadikan anak anda tolak makanan yang rasa 'tawar' dan tiada tambah perisa sebab sudah merasa makanan yang sedap dan ditambah perisa
- biar mereka kenal makanan semulajadi pada peringkat awal

Banyak lagi sebab contoh karies gigi, sembelit, sakit perut akibat dari tambah perasa tapi saya cerita yang 3 utama dulu..banyak banyak nanti takut ada yang tak baca pulaks..hehehe

Biar rasa semulajadi ye makanan baby

Sekian
Dietitian mommy dua
Dietitian Fizah Sobri

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Anak ummi dah dekat 2 tahun baru letak garam sikit dlm makanan.. sb awal 6 bulan makan puri je.puri pn da manis..hehe

    BalasPadam
  2. assalammualaikum done singgah sory lama tak tgk komen so so sory naa done follow back.

    BalasPadam
  3. Sesuailah info ini utk org yg belum beranak lagi. Atau tambah info kalau2 ada anak buah ke kan. atau jaga anak orang. hehe.

    BalasPadam
  4. Betul tu jangan bagi anak kecil makanan yang ada garam Dan gula yang berlebihan...

    BalasPadam