Penipuan yang berlaku dalam drama TV3

PENIPUAN berkaitan kerjaya engineer di dalam drama Melayu. Kesian makcik2 kena tipu tengok Samarinda TV3.


1. Kami tak berkemeja, bertali leher sepanjang hari. Berkot apetah lagi. Yang dalam drama mengaku engineer tapi pakai macam model tu dia lebih layak jadi pramugara bukan jurutera.

2. Kami takde usung drawing kulu kilir macam dalam drama. Oklah kadang2 ada bila nak berlakon busy tapi tak selalu. Bos pun boleh hidu. Kami pakai CAD di alam maya dah sekarang ni.

3. Bilik sendiri? Jangan kata senior engineer; senior engineering manager pun kadang dok sebaris dengan marhaen. Nasib baik sikit dapat cubicle asing. Dalam drama kemain, pangkat tinggi sikit bilik macam karaoke room VIP.... (part belakang telah diedit semula atas tapisan LPF😛) 

4. Kami takde secretary syarikat datang hulur fail pastu selak2 sain, selak2 sain ataupun selak2 kain.

5. Perbezaan last paling ketara; rupa lah. Jarang engineer jambu dan bermuka polos. Paling kacak pun boleh jumpa macam yg dalam gambar ni.

Bantulah makcik2 eksaited nak dapat bakal menantu engineer. Yang didamba ala Aeril Zafril; namun yg muncul persis Aerial TV.

C&P dari FB

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Tu yg malas nak tengok drama malaysia. Bila tengok drama luar negara, orang kata tak support drama malaysia plak. Tapi itu lahhhhhhhh 😂

    BalasPadam
  2. haha, setuju sangat.
    saya bekas jurutera kualiti, kerja di tapak pembinaan.
    ya allah, tiada masa mau usung drawing. rimas.
    pakai safety boot, safety helmet. muka no makeup, kang cair dan habis general worker ketawakan.
    bilik kerja semua akan duduk bersama team masing-masing, yang ada bilik khas hanyalah project manager dan chief resident engineer.
    nak tengok engineer hensem kat site? semua muka gelap gelita dek berjemur di bawah matahari.
    yang muka jambu-jambu ni, sila jangan cari kat construction site.

    BalasPadam
  3. dah jarang layan drama tv3, dulu-dulu topi untuk site tu depa ikut dan je... konon jurutera tapi topi kuning, laki saya kata warna kuning untuk pekerja ... putih baru untuk supervisor dan keatas... pastu saya baru tau ada banyak lagi rupanya warna-warna untuk topi keselamatan ikut pada kategori bukan sembarang je hehehe...

    kerja site mana ada muka bersih je... hitam legam ada lah

    BalasPadam
  4. Hahaha yg ni lawak. Saya pon dah jarang tengok drama sekarang. Kalau dulu memang layan sungguh haha

    BalasPadam