Prestasi blog cikguzim Januari 2020 dan semakin berganda naik

Salam Februari 2020. Dah Februari rupanya, nak kata cepat terasa lambat nak kata lambat terasa cepat, sedar-sedar kita dah pun sampai ke bulan Februari. Tarikh hari ini cantik 02.02.2020. Jadi nak review prestasi blog sikit lah sambil minum kopi petang ni.

Permulaan yang baik..

Permulaan 2020 bermula dengan cukup baik untuk blog Cikguzim ni di mana trafik menunjukkan peningkatan yang berganda. 

Seperti yang pernah saya tulis sebelum ni berkenaan pageviews bermula hujung 2019 semakin meningkat dan terus meningkat hingga ke waktu pos ni ditulis. Dari 3k-5k pageviews harian, meningkat hingga 18k pageviews secara harian.


Pageview yang sempat di skrinshot beberapa hari lepas.

Ini semua gara-gara virus coronavirus Wuhan di mana pos berkenaan Cara Pakai Topeng Muka membawa trafik yang berdesup banyaknya. Pos-pos lain seperti Tips Kurus dan Fitness, Info Pendidikan pun bawa trafik yang konsisten dan tinggi. 

Memang terasa kepuasan berblog bila dapat bantu beri info kepada orang ramai. Yang penting sebar berita yang betul, tepat dan sahih. Jangan disebabkan nak trafik yang tinggi kita sebar berita yang tak betul pula! 

Beberapa tips untuk tingkatkan trafik blog :

1. Blogwalking (tinggalkan jejak)
Tinggal jejak ni bagus boleh menyuarakan pendapat dan merapatkan ukhwah. Terimas kepada yang selalu tinggal jejak kat blog cikguzim ni ya. Ini merupakan cara tradisional dan cukup berkesan tinggkatkan trafik dan follower blog.

2. Headline gempak +isi yang gempak.
Tajuk mestilah yang jenis menarik perhatian untuk dibaca. Pastikan kreatif letak tajuk blog. Tapi tajuk yang simple pun mudah untuk search engine bawa ke blog kita.

3. Exchange link / bloglist.
Terima kasih kepada yang sudi exchange bloglist dengan cikguzim. Kita berblog tak keseorangan ada kawan.

4. Submit URL ke search engine (laman pencarian)
Fungsi supaya search engine mudah menjalar mencari pos anda. Mudah saja caranya

5. Theme yang mobile responsive. 
Ini pun penting, theme yang tak mobile friendly seperti desktop view sudah kurang relevan sebab memang orang sekarang search menggunakan telefon.

6. Update blog setiap hari.
Tak update setiap hari, update 2-3 hari pun ok.

7. Media sosial.
Selalu share artikel di fb. Tapi saya frust sikit pasal ni sbb tak dapat share link di fb. Ada setting kena usik sikit. Tengah nak solve isu ni, setakat ni sumber trafik blog saya adalah dari google sepenuhnya.

8. Theme yang mesra seo.
Theme blog yang mesra seo sekarang mudah dicari, google je.

9. Buat segmen
Buat la segmen teka-teki ke, bloglist ke, komen paling banyak dan kreatif ke mesti akan naikkan trafik juga cuma saya belum pernah buat segmen atau kontest lagi.

10. Pos tentang isu semasa dan isi yang evergreen.
Tulis tentang isu semasa contoh macam sekarang tentang coronavirus, cara jauhi virus dll. Isi yang evergreen maksudnya isi yang orang selalu cari selalu contohnya tentang percutian tempat menarik, tutorial, cara kurus, cara didik anak, resepi (blogger lelaki mcm saya apa salahnya share pasal resepi kan?) dll....

Ini semua cara untuk tingkatkan trafik blog, semua cara ini tak berbayar dan perlukan internet je. Bergantung pada kerajinan kita.

Harapan 2020...

Trafik tinggi maka 'tabung' di google adsense pun ada peningkatan, itu yang paling seronok dan beri motivasi untuk terus aktif.

2020 ni pun merupakan tahun ke 4 saya aktif dalam fitness dan larian. 4 tahun juga dapat jaga berat badan ideal. Do what you love, love what you do.

Memandangkan mood masih aktif (moga istiqamah) berblog sejak Jun 2019 lepas, saya sasar target sampai 1 juta pageviews hingga pertengahan tahun 2020 ni. Memang jeles tengok blogger otai  dan hebat Malaysia yang lain-lain tu pageviews sampai belas-belas/ puluh juta rilek je hehehe. Ameeen.

2020, its a long road ahead..

Dan lepas ni nak buat pos pasal mencari bloglist 2020 pula bila ada masa, sesiapa nak berbloglist dengan Cikguzim boleh beritahu. Saya akan letak blog anda selagi anda letak Cikguzim dalam bloglist. Nanti akan buka segmen khas untuk Bloglist..Tungguuuu

Kepada yang belum follow jemput-jemput lah follow blog Cikguzim ya. Moga 2020 baik-baik saja. 
Prestasi blog cikguzim Januari 2020 dan semakin berganda naik Prestasi blog cikguzim Januari 2020 dan semakin berganda naik Reviewed by cikguzim on 2.2.20 Rating: 5

25 ulasan:

  1. Tahniah Ciguzim.. peningkatan yg sgat baik..
    skrg nie kalau nak tulis pasal virus tu mmg ramai yg cari...konten cikguzim pun semua baik & menarik.. sy suka baca..teruskan menulis.. semoga terus maju ..

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu
    Tak lama nanti jadilah jutawan.

    BalasPadam
  3. tahniah cikgu zim :)

    https://sayesyadiya.blogspot.com/2020/01/pilihan-airport-transfer.html

    BalasPadam
  4. cikgu Zim , jom tukar bloglist..salam ukhwah.. saya un:)

    BalasPadam
  5. wahhhh tahniah cikgu, moga makin up lagi untuk bulan akan datang

    BalasPadam
  6. waalaikumussalam. tahniah cikgu. kita fighting lagi ! 💪

    BalasPadam
  7. Wah hebat traffic cikguzim.. tahniah

    BalasPadam
  8. Mama dh legal blog Ni dlm bloglist mama dah

    BalasPadam
  9. Terbaik cikgu. Tinggi tu traffic, tahniah :)

    BalasPadam
  10. Semoga terus berjaya di masa hadapan cikgu :)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.