Pageviews blog meningkat berkali ganda

Permulaan 2020 bermula dengan baik untuk blog Cikguzim. Pageviews blog meningkat berkali ganda sejak 3-4 hari lepas selepas saya tukar template dan mengatur segala widget dalam  blog.

Sebenarnya dah beberapa kali tukar template dari 2019 secara try and error tentang template mana 1 yang berkenan di hati. Ada je yang terasa kureng sikit tukar maka tukar lagi. Masuk 2020, minggu lepas pun ada tukar template dan atur widget lagi sampai la ke template yang sekarang nih.

Template dan aturan widget yang sekarang ni harap ok bagi saya dan pageviews blog pun ada menunjukkan peningkatan. Sejak aktif semula berblog dalam 7 bulan kebelakangan ni, purata pageviews blog  saya secara harian sekadar 2k pageviews seperti dalam gambar di bawah. 

Lepas atur template dan widget semua, pageviews harian meningkat mencecah hingga 5k. Syukurrr harap ia berterusan dengan sasaran pageviews harian cecah  sebanyak 10k (mungkinkah??) hehehe....



PV blog dari Disember ke Januari menunjukkan ada banyak peningkatan. Blog orang lain semua dah cecah belas ribu pv harian, jutaan pageviews untuk all time history, saya masih nak merangkak lagi. Moga istiqamah, mungkinkah ini rezeki baby baru juga, Alhamdulillah. Banyak pageviews maka adalah rezeki lebih dalam pendapatan pengiklanan...

Sedikit tips dari saya cara untuk tingkatkan pageviews yang saya fahamkan dari cik google dan juga dari bacaan blog-blog lain.

Apa itu pageviews?

Pageview bermaksud jumlah halaman blog yang dibuka, sekiranya seseorang visitor blog membaca 5 pos di blog kita, maka pageviewnya adalah sebanyak 5 kali. Pageview juga belaku bila seseorang visitor blog meng re-fresh atau mereload  halaman blog.

Sebagai contoh, kalau ada 100 visitor 1 hari dan mereka membuka 5 pos kita di blog maka 100 darab 5 maka anda akan dapat 500 pageviews. 

Lagi banyak pagevies dari visitor maka itu tandanya pos blog anda disukai dan diminati untuk seseorang visitor itu membacanya.

Ini cara tingkatkan pageviews di blog

- Guna template yang ringan dan mobile friendly serta bagus seonya.

- Elakkan guna desktop view untuk blog, gunakan mobile view. Statistik menunjukkan zaman sekarang ni orang ramai semakin berkurangan menggunakan laptop atau pc.

- Letak saja widget Arkib Blog, Recent Pos, Popular Pos, Tags atau Label, Follower, Biodata Anda, dan widget lain yang membuatkan pembaca nak ulang baca lagi pos lain dalam blog.

- Elak letak terlalu banyak widget yang kurang berguna sebab akan menyebabkan blog lambat loading dan merimaskan visitor. Maka visitor akan lari.

- Letak link yang relevan dalam pos. Dalam pos tu letak external link. Sebagai contoh posting saya tentang Tips Kurus, dalam posting tu saya ada letak juga link yang membawa pembaca ke posting Tips Pemakanan. Contoh seperti dalam Posting Ini....

- Konsisten buat pos blog.

- Konten yang menarik dan original.

- Jangan berblog berseorangan. Bertukar link dengan blogger lain. Harap ramai lagi blogger otai diluar sana sudi nak bertukar link dengan saya ya hehe..

Sekadar berkongsi dan harap membantu. Dengan harapan, bertambah ilmu yang baik-baik.





Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. alhamdulillah tahniah. kak tumpang gembira. keep fighting !! ^_^

    BalasPadam
  2. Syukur.Tahniah Cikgu.Menginspirasi ni.

    BalasPadam
  3. TAHNIAH CIKGU..BETUL KOMEN CIKGU TU BLOG KAK XBOLEH ACCES DGN SP SBB TU PV MERUDUM

    BalasPadam
  4. tahniah cikgu. truskan berkarya dlm blog

    BalasPadam
  5. Tahniah, Cikguzim. Semoga lebih berjaya dalam dunia blogging.

    BalasPadam
  6. Tahniah Cikgu. Semoga menjadi inspirasi blogger baru. ^^

    BalasPadam
  7. good luck bro. saya punya pageview masih 2K. sebab nya... dulu pernah 5K tapi sebabnya, pernah kena tegur ngan abang adsense . terpaksa buang lah mana post yang x bagus tu.

    last2--- income adsense pun hilang, pageview pun ke laut. haha sekarang ni pun tengah merangkak naikkan balik pageview.

    tapi bro, selalunya pageview dari blog ni x genuine.... takut banyak spam view je. padahal dekat adsense ada 500 ke 600 je pageview. padahal dekat blogger 2k keatas. so nak caya mano pun tak tau

    BalasPadam
  8. semoga terus konsisten tulis blog.

    BalasPadam