Apa maksud TOV, ETR, OTI, AR, GPMP, GPS sekolah?? Guru wajib tahu ni!



Kepada semua guru dan pentadbir sekolah tak ketinggalan juga murid dan ibu bapa harus tahu apakah yang dimaksudkan dengan istilah seperti TOV, ETR, OTI, AR, GPMP, GPS??

Ia adalah perkara penting yang wajib diketahui terutama oleh guru-guru kerana ia berkaitan dengan prestasi peperiksaan murid.




Apakah TOV ( take-off value )?

Boleh didefinisikan sebagai nilai letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik. Pencapaian ini merujuk kepada pencapaian dalam setiap mata pelajaran.

Bagaimana mengenal pasti TOV?



TOV ditentukan berasaskan keputusan peperiksaan akhir tahun tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 bagi calon UPSR. Akhir tahun tingkatan 1 dan 2 bagi calon PMR dan tingkatan 4 bagi calon SPM. Cadangan bagi murid tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 4 boleh digunakan ujian pertengahan tahun. TOV ditentukan berasaskan keputusan :

Ujian Pertengahan Tahun lepas
Ujian Akhir Tahun lepas
Ujian Ramalan 1
Ujian Ramalan 2
Judgement Guru

Apakah ETR ( expected targeted result )?

ETR boleh didefinisikan sebagai sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan merujuk kepada penilaian / berdasarkan keputusan peperiksaan terakhir atau peperiksaan awam.

Bagaimana menentukan ETR?

ETR ditentukan dengan merujuk kepada keputusan terbaik peperiksaan awam sekolah.

Apakah OTI ( operational targeted increment )?

OTI boleh didefinasikan sebagai peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR.

Bagaimana menentukan OTI?

OTI boleh dilakukan dengan merujuk kepada ETR serta menetapkan sama ada jangkaan pemeringkatan dua atau tiga kali penilaian.

Apakah AR?

AR ialah Actual Result iaitu markah sebenar murid hasil dari ujian yang telah dijalankan.

Apa maksud GPMP?

Bermaksud gred purata mata pelajaran (GPMP). Ia boleh dikira secara online dan juga apps. Cara pengiraan GPMP kini lebih mudah kerana guru-guru tidak perlu lagi mengira secara manual ataupun menggunakan Microsoft Excel.

Apa itu GPS? GPS sekolah tu apa?

Bermaksud gred purata sekolah. Iaitu rumusan keseluruhan peperiksaan sekolah. Dari GPMP kita akan dapat mengira GPS.

Harap membantu dan memberi sedikit info semua terutama guru.

Info dan kredit dari pelbagai sumber. Info yang baik dan berinformasi kita share.

Tolong like share subscribe CIKGUZIM CHANNEL juga ya :)

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. assalamualaikum... selamat tahun baru 2020... maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni... insya allah sy akan kembali fokus sm mcm sebelum ni.... harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm...selamat tahun bru 2020..teruskn berkarya

      Padam
  2. Waaa ni semua istilah baru BG mama ni

    BalasPadam
  3. Banyak istila dalam BI kan..hehehe

    BalasPadam