Awas selalu tidur lewat umpama miliki bom jangka

Awas! Bahaya selalu tidur lewat. Anda dalam bahaya.

Beberapa hari lepas terbaca pasal aktor ni Godfrey Gao akibat cardiac arrest. Cardiac arrest aka serangan jantung beza dengan sakit jantung yang ada tanda awal. Cardiac arrest berlaku tiba-tiba kepada sesiapa saja termasuk atlet yang sihat. Ini disebabkan beberapa faktor. 


Ini sumber berita Awani :

Kematian pelakon dan model terkenal Godfrey Gao akibat serangan jantung berkemungkinan besar disebabkan oleh gaya hidupnya yang terlalu sibuk.

Sumber gambar : Google

Pengerusi Jabatan Perubatan Kecemasan di Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan, Fang Cheng-Chung berkata ia berdasarkan gaya hidup Godfrey yang sering dibebani kerja selain gemar berjaga hingga lewat malam.

Jelasnya, gaya hidup sebegini boleh mengakibatkan stres melampau dan akhirnya mengakibatkan peningkatan hormon stres yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, gangguan aliran darah, serta gangguan pada rentak denyutan jantung.

Tambahnya tabiat tidur lewat untuk tempoh yang panjang boleh mengakibatkan kardiovaskular akut walaupun individu itu sentiasa mengamalkan senaman serta pengambilan pemakanan seimbang.

Aktor kelahiran Taiwan-Kanada itu disahkan meninggal dunia semasa menjalani penggambaran bagi program realiti popular "Chase Me."

Sumber : Awani

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. saya takda bebanan kerja tapi memang tak boleh tdur awal . Dah puas paksa mata tidur awal , bersenam semua but still tak menjadi .

    BalasPadam
  2. akak ni seawal kul 9 lebih dah menguap-guap selalunya. Kalau hari kerja memang tak lewat dari kul 10.30 akak dah tidur sebab kene bangun kul5.30pagi, selalunya hujung minggu pun akak tidur awal, sebab dah terbiasa

    BalasPadam
  3. selalu tidur lewat sebab nak siapkan kerja...kene tidur awal la pasni

    BalasPadam
  4. saya if tak cecah 12midnite mmg belum tido, if tido awal dari tu, cfrm bgn kul 3 4 pagi, mata dah terset tido 5 6 jam je, tengok artikel ni, nebos lak

    BalasPadam
  5. aduh..badan perlu rehat yang cukup..klau tak..mmg mcm2 penyakit leh kena

    BalasPadam