Saya bukanlah peminat drama Melayu sangat terutama tv3. Kalau menonton drama Melayu pun lebih suka menonton drama di tv2 atau tv1 kerana dramanya lebih santai, ringan, cerita orang2 kampung, bukan cerita cintan cintun atau orang kaya raya dengan kereta rumah besar. 

Minggu lepas 'termembuka' tv3 drama jam 7.30 kalau tak silap sementara nak tengok berita. Kalau dah nama drama tv3 mesti babaknya ada yang macam dalam gambar dibawah : 


Babaknya mesti sama ; ada elemen marah2, tolak menolak, bergaduh, kata-kata kesat, dan babak2 lain yang tak sepatutnya dijadikan teladan untuk  penonton apatah lagi untuk budak kecil lagi lah tak elok untuk menontonnya bersama keluarga..


Kesimpulan, tak perlulah menonton drama tv yang tiada nilai atau 'kosong' seperti ini. Maaf ya peminat drama tv3...

Sebut pasal drama tv1 dan tv2 teringat pula saya zaman 90an dulu. Bukan drama cintan cintun tapi drama macam jenis, silat ada, lumba ada, badminton ada cth cerita Jaguh-jaguh (cerita pasal badminton), Keris Hitam Bersepuh Emas,Pendekar Kundur, Semutar Hitam (cerita silat), Hantu Tok Mamat dll lah...

Berbalik ke drama tv3 hari ini...

Kita perlu memapar sesuatu yang negatif supaya menjadi pengajaran atau memapar sesuatu yang positif supaya menjadi tauladan?