Kenapa dengan drama Melayu zaman sekarang?

Saya bukanlah peminat drama Melayu sangat terutama tv3. Kalau menonton drama Melayu pun lebih suka menonton drama di tv2 atau tv1 kerana dramanya lebih santai, ringan, cerita orang2 kampung, bukan cerita cintan cintun atau orang kaya raya dengan kereta rumah besar. 

Minggu lepas 'termembuka' tv3 drama jam 7.30 kalau tak silap sementara nak tengok berita. Kalau dah nama drama tv3 mesti babaknya ada yang macam dalam gambar dibawah : 


Babaknya mesti sama ; ada elemen marah2, tolak menolak, bergaduh, kata-kata kesat, dan babak2 lain yang tak sepatutnya dijadikan teladan untuk  penonton apatah lagi untuk budak kecil lagi lah tak elok untuk menontonnya bersama keluarga..


Kesimpulan, tak perlulah menonton drama tv yang tiada nilai atau 'kosong' seperti ini. Maaf ya peminat drama tv3...

Sebut pasal drama tv1 dan tv2 teringat pula saya zaman 90an dulu. Bukan drama cintan cintun tapi drama macam jenis, silat ada, lumba ada, badminton ada cth cerita Jaguh-jaguh (cerita pasal badminton), Keris Hitam Bersepuh Emas,Pendekar Kundur, Semutar Hitam (cerita silat), Hantu Tok Mamat dll lah...

Berbalik ke drama tv3 hari ini...

Kita perlu memapar sesuatu yang negatif supaya menjadi pengajaran atau memapar sesuatu yang positif supaya menjadi tauladan?

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Drama apa ni? Rasanya tak pernah tengok pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya drama ni masih tayang tajuk Tanya Sama Hati

      Padam
  2. abe kie tgok berita, sukan, rancangan agama n dokumentari je skrg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama abam kie..kalau nk tgk crite trus serch google sng

      Padam
  3. dulu2 rajin gak tgk. dah makin tua dah hilang selera dah. lagipun timing tak kena lah.

    BalasPadam
  4. akak dah lama sangat tak layan drama melayu terutama kat tv3 atau astro, lebih banyak layan drama penyiasatan macam NCIS, CSI, runningman dan beberapa rancangan masakan hehehe, bosan layan drama melayu yang ceritanya lebih kurang sama je, lepas tu kadang melampau sangat lakonan nya

    BalasPadam
  5. dah tak layan drama melayu, hypocrite sgt, semua nak yang sempurna. tgk tv pun dh jarang, kurang masa

    BalasPadam
  6. dah jarang tengok tv terutama drama petang apatah lagi dah waktu bersiap untuk solat Maghrib dan mujur anak2 pun tak berminat menonton drama cuma menonton Netflix bila ada waktu terluang

    BalasPadam
  7. Assalam, sapa kata drama-drama ni kosong tak de nilai! banyak isinya, cara-cara rebut bini orang, cara-cara rampas laki orang, cara nak jadi kaya, ada rumah besar, kerja bagus, si lelaki mesti handsome, si pompuan mesti lawa. Cerita "khayalan alam fantasi" sememangnya menjadi tontonan setiap hari, isi kosong tak pe janji rating mencanak naik. Tertunggu juga cerita suamiku penoreh getah dan biniku makcik cleaner, yang entah bila nak ditayangkan.

    BalasPadam
  8. Terfikir juga nak buat entri pasal drama melayu sekarang tapi macam malas dah. Pasti ada jawapan pro dan kontra.

    Apa yang saya nampak, kita disajikan isu negatif untuk diterima masyarakat. Soal kahwin kontrak (benda tak betul tapi orang suka - hingga boleh terima isu kahwin kontrak), hasad dengki orang ketiga (orang suka juga), ibu/ibu mertua tak terima menantu (orang tetap suka tengok) - sebenarnya saya tak pasti apa yang nak disuburkan dalam minda kita sekarang ini...

    BalasPadam
  9. kak pun malas dah nak tengok drama melayu sekarang :(

    BalasPadam
  10. Dari anak kecik lagi tak galakkan tengok drama-drama melayu...bukan tak menggalakkan industri seni tapi adakala apa yang dipamerkan melampaui yang sepatutnya di tonton oleh anak-anak.

    https://yamanaimy.blogspot.com/

    BalasPadam