Golongan anti vaksin sekalian, fahami bahaya penyakit polio!

Polio ni adalah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan kecacatan kekal. Ianya disebabkan oleh virus polio. Virus ini telah lama dapat dicegah dengan vaksin.


Virus ini boleh merebak bila seseorang itu ada kontak secara langsung dengan mereka yang membawa virus ini tadi.

Ianya merebak dengan cecair/wap air di udara terus masuk ke dalam hidung/mulut dan terus menyerang salur darah dan organ badan lain.

Siapa yang berisiko?

Mereka yang menolak vaksin/ tidak vaksin.

Dan mereka yang :
1. Ada imuniti badan rendah macam penghidap HIV/AIDS

2. Wanita yang sedang hamil

3. Mereka yang hidup di kawasan yang sanitasi teruk

4. Mereka yang terdedah atau ada ahli keluarga yang terkena polio

5. Mereka yang pernah pergi berjalan ke tempat yang ada polio

6. Anggota kesihatan atau mereka yang terdedah kepada mereka yang ada polio

Depa yang kena polio ni takkan sedar pun kena polio kerana tempoh inkubasi dalam masa 6-21 hari. Nanti depa boleh rasa simptom terkena jangkitan virus biasa (demam, sakit badan, muntah, sakit kepala, tak lalu makan, sakit perut yada yada yada)

Kemudian, perlahan lahan mereka akan mula rasa refleks tubuh jadi lemah, kekuatan badan jadi kurang sangat dan hanya dengan ketegangan otot akan rasa sakit gila. 

Dan sedikit demi sedikit mereka hilang fungsi saraf seperti dalam gambar.

Ampa tau dak vaksin ni untuk apa?

Vaksin ni kita bagi masa baby sebab kita nak cegah penyakit macam ni lah.

Bukan saja suka suki nak pi cucuk orang.

Vaksin ni dah berpuluh tahun dah. Semua negara kat dunia nak elak penduduk depa dapat penyakit berjangkit dan takmau orang tu bagi orang lain sakit juga.

Sebab tu antivaksin ni selain ego(sebab mufti pun dah kata wajib vaksin), depa juga selfish. Selfish sebab depa bangga dengan ilmu yang depa kaut dari google tapi ingat depa betoi lepas tu depa juai produk.

Dan depa juga menunggang agama.

Bertaubatlah wahai anti vaksin.
Allah tu Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

Janganlah berselindungi di sebalik pakaian dan keyboard.

Anda mungkin rasa seronok bila penyakit yang dah lama pupus ni ada lagi. Ya anda mungkin kata mati itu pasti.

Yes mati itu pasti tapi nyawa dan kesihatan adalah amanah. 

Jangan sampai small pox mai balik, baru semua nak gelabah ayam.

Nota kaki : Tolonglah wajibkan vaksin...

Sumber : Dr. Erna Nadia

Sedih tengok golongan selfish ni berbicara dan ramai pulak yang percaya buta buta😢

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. disebabkan manusia anti vaksin ni lah banyak penyakit yang dah lama takde tapi muncul semula, termasuklah polio ini. Takut tengok pada mangsa polio ini, bukan nya takat sikit tapi betapa teruk akibatnya.

    Sakit hati bila terbaca ada anti vaksin yang selamba je cakap saja pihak kementerian nak keluarkan pasal kes polio ni untuk habiskan stok vaksin, diaorang polio ni kes main-main ke.. geram betul

    BalasPadam
  2. Anti vaxxers ni seluruh dunia ada. Pastu muka masing2 bangga tak vaksin anak. Aiii geramlah..

    BalasPadam
  3. kalau dah sampai kes macam ni, mungkin kerajaan kene wajibkan vaksin la kan kepada baby.

    BalasPadam