Cukur Jambul VS Cukur Rambut Penuh?
Tahniah buat mereka yang baru sahaja menyambut cahayamata yang baru! Ini info yang sangat berguna bagi mereka yang ingin timbang rambut bayi yang baru lahir...
Kiraan timbangan emas bagi rambut bayi
Seringkali kita terdengar atau pernah mengamalkan adat ‘cukur jambul’ kepada bayi kelahiran baru. Iaitu dengan hanya menggunting sebahagian rambut sahaja dan meninggalkan lagi bahagian lain. Sebenarnya amalan ini perlu ditambah baik sedikit dengan mencukur penuh rambut bayi tersebut selaras dengan sunnah! Mudah bukan untuk meraih pahala sunah?
Rasulullah SAW mengarahkan kepada anaknya, Saidatina Fatimah R.anha:
زِنِي شَعْرَ الْحُسَيْنِ وَتَصَدَّقِي بِوَزْنِهِ فِضَّةً، وَأَعْطِي الْقَابِلَةَ رِجْلَ الْعَقِيقَةِ
Maksudnya: "Timbanglah rambut Hussein, dan sedekahkanlah dengan kadar timbangan itu dengan perak dan hadiahkan kepada bidan kaki binatang akikah itu.” Hadis riwayat Hakim dan al-Baihaqi.
Kemudian, disunnahkan untuk ditimbang rambut yang dicukur itu dengan emas atau perak, kemudian disedekahkan kepada orang yang memerlukan.
Mari kami kongsikan tutorial ringkas:
a) Cara cukur rambut
Sediakan bekas dan isikan air, kemudian cukurkan kepala bayi (boleh panggil tukang gunting jika tak berani). Rambut yang dicukur tadi jika jatuh dalam bekas berisi air, ia tidak akan terbang ditiup angin. (lihat gambar)
b) Cara nak kira sedekahkan rambut.
Kemudian setelah keringkan rambut tersebut, ia boleh ditimbang menggunakan timbangan berskala gram. Kerana rambut ringan sahaja, kalau tiada penimbang boleh pergi ke kedai emas untuk timbang. Nilai emas semasa boleh dirujuk di website lembaga zakat Selangor atau mana-mana website yang dipercayai:
https://www.zakatselangor.com.my/info-terkini-nisab-emas-dan-perak/
Contoh kiraan:
Rambut bayi: 10 gram
Nilai perak per gram: RM 2.49
RM 2.49 x 10 gram = RM 24.90 sahaja
C) Bagaimana nak sedekah?
Kalau kita tidak mengenal jiran tetangga yang susah, atau segan nak approach. Boleh juga bayar online kepada sesiapa memerlukan. Namun lebih baik kita sedekah kepada faqir miskin yang kita kenal.
Share jika bermanfaat ya :)
Sumber : Naneem Spa & Bekam
Jadi ini antara sunnah yang digalakkan ketika kelahiran. Cukur rambut baby keseluruhannya, lalu ditimbang dan disedekahkan dengan nilai perak @ emas kepada faqir miskin pada hari ketujuh kelahiran. Jom amal n praktis bagi yg baru dpt anak n akan dpt anak ya...
Contoh kiraan berat rambut dan harga emas terkini. Sumber fb : Abu Abdullah
Catat Ulasan
0 Ulasan