Apa azam untuk 2020?

Azam tahun baru 2020...

Bercakap pasal azam, takde apa sangat nak di azam kan sebenarnya...

Dari segi kerjaya....nak buat terbaik. Tak nak tangguh2 kerja. Tak nak fikirkan sangat stress pasal kerja (eh penah stresss ke). Buat baik2 rilek2.

Nanti masuk ngajar kelas darjah 1-3 nak jadi garang tapi baik dengan budak2 hehehe..

Harap dapat cepat pindah kerja di tempat sendiri. Harap2 lah dipercepatkan sebab nak masuk 10 tahun di rantauan.

Dari segi keluarga....nak urus dengan bijak, tak mo la marah2 sangat kat anak2. Be a good father and husband.

Solat jemaah dengan keluarga sokmo. Nak gembira sokmo dan nak explore tempat2 baru jalan2 ngan keluarga.


Dari segi kesihatan....aktiviti berlari! Nak tambah kilometer. Target 2020 lebih lagi kilometer. Senaman fitness cuma carry forward dari tahun2 lepas punya progress.

Tak mo dah makan jajan banyak dah, nak masuk pertengahan 30an kesihatan mesti jaga ok??

Blogging....nak tambah lagi post info berkualiti! Untuk diri sendiri dan panduan semua. More info more traffic hehe.

Lain2, semua nak yang terbaik dan dipermudahkan....

Cuma ada juga terfikir-fikir. Whats next for me? What i need to do to become better for 2020?

I will do my level best, wayyy better than 2019. YES!!! I can do it!!!! Ya Allah, aku tak tahu macam mana nak dapat, tapi aku nak sangat-sangat yg terbaik!!

Harap tahun 2020 ni makin murah rezeki kita ya Mateen.

Ya Allah, please grant me your inspired ideas.
Bismillahirrahmanirrahim. Be the best version of me for the ummah and nation in 2020.

Moga panjang umur murah rezki saya sekeluarga dan anda semua..

Info tambahan...

*Maklumat bersama*:
Buat peringatan pada tahun 2020 ini semua tarikh (date) haruslah diletak penuh, contoh 31/01/2020 dan bukan 31/01/20. Ini adalah kerana sesiapa boleh menambah dibelakang tarikh menjadikan ia 31/01/2017 atau 31/01/2019 atau apa2 tahun pun.

Perkara ini belaku untuk tahun 2020 sahaja. Oleh itu berhati hati dalam tandatangan atau menerima apa2 dokumen pun....

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Semoga segala azam cikguzim menjadi kenyataan dengan izin Allah Taala. Aamiin

    BalasPadam
  2. azam 2020? hmm..mungkin cuba buat youtube video pula lepasni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gluck sbg vlogger...tringin nk cuba tp tu la nak rakam2 ni mls skit

      Padam
  3. Untuk tahun baru 2020 ni saya berazam nak kurangkan komitmen hutang, semoga dapat bebas dari hutang especially yang jahat2 tu dalam beberapa tahun lagi, inshaAllah.

    BalasPadam
  4. moga dipermudahkan semuanya.... moga tercapai apa yang di azamkan untuk tahun 2020

    BalasPadam