Wow! Tahniah Malaysia kali kedua berturut mengalahkan Indonesia. Malaysia terus cemerlang selepas mengalahkan Thailand minggu lepas. Keputusannya seperti dah kita jangka keputusan perlawanan bola sepak Malaysia vs Indonesia.

Dua gol dijaringkan oleh Safawi Rashid. Saya rasa man of the match malam ini adalah antara Sapawi dan juga Aidil yang banyak membantu pertahanan. Walaupun perlawanan Malaysia agak struggle namun Malaysia memang layak menang malam ni.

Goal pertama Malaysia


Tahniah kepada keeper Khairul Azhan dan juga Farizal Marlias yang masuk kemudian. Save mereka terbaekk...

Khairul Azhan terpaksa dikeluarkan masa separuh masa pertama akibat kecederaan

Walaupun Indonesia dapat penalti mujur tak masuk. Fuhh! Jangan silap lagi. Good luck bola sepak Malaysia.

Malaysia bermula dengan perlahan tak seperti masa lawan Thailand haritu. Perlawanan berjalan lancar, this is Malaysia, kita layan baik punya penyokong Indonesia tanpa ada insiden tak diingini walaupun ada sedikit suar yang dibakar ketika perlawanan.

Tirai perlawanan antarabangsa 2019 ditutup dengan keputusan game malam ni Malaysia dapat kemenangan ke 3 dalam kumpulan G dengan kumpul 9 mata untuk kelayakan Piala Asia dan Dunia.

Tamat perlawanan. Perlawanan kelayakan Piala Dunia untuk Malaysia seterusnya bersambung Mac 2020.....