Komik Alam Perwira - Komik lejen era 90an

ALAM PERWIRA - Nostalgia ‘emas’ Kesemua Pembaca Komik Hong Kong Era 90an.

Antara watak penting..

🔺Karya : Tony Wong.
🔺Episod : 163.
🔺Watak Utama : Jifat,Jikao,Rahib Esa,Duke Jichang,Maharaja Zhou.

-Paling Popular dan Paling Legend.Itulah ungkapan dalam rangkapan sesuai tentang komik ini.Alam Perwira hadir pada awal 90an bersama 3 komik awalan yang lain iaitu Jejak Wira,Dendam Kesumat dan juga Juara Wira (next kita akan review).

Alam Perwira di HongKong ia dikenali dengan tajuk Lagenda Maharaja.Kerana siri ini semestinya mengisahkan perjalanan watak utama untuk menjadi Maharaja China.

Berbeza dengan komik lain,Alam Perwira telah menjadi hits diawal kemunculan vol 1 nya.Mungkin juga kerana faktor lukisan yang terlajak cun dan latar belakang kisah yang menarik perhatian pembaca.

Sinopsis.

Kisah ini boleh dikatakan terbahagi kepada 4 bab mengikut tempat yang dikisahkan.

🔵1).Bab Permulaan - Dinasty Shang.
episod 1 - 25.
Watak Penting : Maharaja Zhou,Daji,Duke Jichang,Marsyal Yao,Sami Besar,Jifat,Rahib Esa,Biduanda Layang,Ketua Suku Baidi,Panglima Guruh,Panglima Halilintar.

-kisah bermula ketikamana alamat buruk,Kura Naga iaitu binatang keramat Dinasty Shang mula mengaum tidak tentu fasal.Maharaja Zhou bergegas ke Altar Pemujaan bersama para pegawai Biduanda untuk melihat perkara buruk ini.Tilikan Sami Besar mengatakan malapetaka ini berpunca kerana kehadiran aura ungu yang timbul dari sebelah Barat.Itu ialah Wilayah Chi pimpinan Duke JiChang.

Dalam masa yang sama,sememangnya tilikan Sami Besar adalah tepat,ini kerana aura ungu yang timbul dilangit menandakan kelahiran Putera kedua Jichang,iaitu Jifat.Jifat adalah bayi ajaib yang membesar dengan pantas.

Maharaja Zhou dan Permaisuri Daji yang dikenali dengan kekejamannya dizaman tersebut mula menghantar beberapa panglima biduanda yang diketuai oleh Marsyal Yao untuk membunuh Jifat.

Maka berlaku pertempuran yang menyebabkan Jifat parah hingga cacat.Lalu dibawa oleh Jichang untuk berubat ke tempat seorang pendeta,juga Abang Seguru beliau iaitu Rahib Esa.Disinilah Jifat mula mempelajari hikmat Alam Semesta.Semasa dalam proses rawatan ini juga,perjumpaannya dengan Biduanda Layang membuahkan bibit cinta.

Dalam bab ini,Jifat menjadi rebutan dan buruan antara pasukan Marsyal Yao dan juga daripada Wilayah Suku Baidi yang diketuai oleh Panglima Guruh dan Panglima Halilintar.

🔵2).Bab Kota Khayalan.
episod : 26 - 66.
Watak Penting : Jifat,Harimau Muda,Tuan Punya Kota Khayalan,4 Panglima Kota Khayalan,Duke Jichang,Tok Bulu Hijau,Rahib Esa,Ifrit Utama,Ibu Syurga.

-Selepas pertempuran dengan kedua2 pasukan antagonist tersebut melalui darat dan air,mereka berjaya meloloskan diri sehingga sampai di Wilayah yang asing dari dunia ini.Itulah Wilayah Kota Khayalan.Satu kota jahil dan maksiat.Segala bentuk jenayah ada dikota ini.Jenayah bunuh,rogol,rompak hanya biasa berlaku didepan mata.Rakyat cuma dapat bergerak bebas jika mempunyai wang dan mampu membayar cukai yang mahal.Kota ini ibarat syurga bagi yang kaya tapi neraka bagi yang kedana.

Wilayah ini diketuai oleh Penyeksa Utama yang dikenali,sebagai Tuan Punya Kota Khayalan.Beliau juga mempunyai 4 pegawai yang hebat.
🔹Sang Naga Hijau (anak sulung).
🔹Sang Harimau Putih (murid).
🔹Sang Kura Hitam (murid).
🔹Sang Pipit Merah (anak bongsu).

Tapi amat malang,dua wanita yang menemani Jifat ke kota ini telah menerima musibah.Biduanda Layang telah diculik,manakala Leftenan Penyulam telah dibawa menjadi milik Tuan Punya Kota.

Kerana perkara malang tersebut,maka ia telah menarik semula Jifat kekancah peperangan.Namun nasib beliau juga baik kerana anak perempuan Tuan Punya Kota yang jelita telah jatuh hati padanya,Pipit Merah.Pipit bukan sahaja menghalang Ayah serta pegawai lain menyeksa Jifat,malah beliau membantu Jifat mempelajari hikmat Cermin Sakti Kayangan kepunyaan bapanya.

Setelah perkara ini diketahui Jichang,beliau mula ke Kota Khayalan untuk menebus Jifat dengan ‘berbekalkan’ kekuatan bapa saudaranya.Tok Bulu Hijau.

Sementara itu,dalam arc ini juga diselitkan pertempuran paling gempar antara Ifrit Utama vs Rahib Esa + Panglima2 Ibukota di Istana Ibukota Chaoge.Pertempuran besar2an ini dirancang oleh Maharaja Zhou untuk menghapuskan gurunya,Mahaguru Diraja Ifrit Utama yang ingin merampas tahkta.

Sesiapa yang pernah membaca komik Alam Perwira boleh merasa berapa gempar dan menegakkan bulu roma pertarungan Maharaja Zhou dan bala tenteranya serta Rahib Esa menentang Ifrit Utama. Yang kemudian roh Ifrit Utama merasuk badan Ji Kao. Memang cool jalan ceritanya.....

Pertarungan ini memperlihatkan jurus terhebat  hikmat Alam Semesta : Gaya ke-7 Menggempa Langit Membelah Bumi yang dilancarkan oleh Rahib Esa,

Bab ini berakhir setelah tamatnya pertempuran hebat tersebut di Kota Kahyalan.Dimana kita sekali lagi dijamu dengan satu pertarungan gempar antara Tok Bulu Hijau Vs Tuan Punya Kota Khayalan yang dikatakan bagai buku bertemu ruas.

Keputusannya pasukan Jichang mengecapi kejayaan bila kesemua 4 panglima Kota Khayalan mati bersama juga ketuanya.

Walaupun menang,tapi Jifat amat sedih kerana kehilangan dua wanita kesayangannya iaitu Leftenan Penyulam dan Pipit Merah.

🔵3).Bab Wilayah Chu Selatan.

episod : 67 - 132.
Watak Penting : Jifat,Jikao,Tok Jiang,Puteri Kayangan,Dara Ayu,Tok Harimau Bintang,Sami Roh,Arya Mara,Duke Chu Selatan,Jaguh Sekolah Guruh & Halilintar.

-Dalam bab ini memperlihatkan banyak watak2 yang keudara sama ada watak protagonist yang diketuai oleh Tok Jiang dan Puteri Kayangan or watak antagonist iaitu geng Tok Harimau Bintang,Geng Sami Roh dan juga geng Arya Mara.

Akan tetapi penampilan watak penting Jikao,mencuri tumpuan dalam bab ini.Walaupun dirasuk iblis,tapi dia membantu pasukan Jifat dalam menangani musuh.Hikmat warisan Ifrit Utama yang ada padanya telah menjadi faktor penentu serta nadi utama pasukan mereka sukses dalam pertempuran di wilayah ini.

Wilayah Chu diketuai oleh Duke E Chongyu telah menjadi musuh mereka dalam bab ini.Dengan diketuai oleh jaguh paling popular dan terkuat diwilayah tersebut,iaitu Arya Mara yang dikatakan ilmunya setaraf Mahaguru Diraja Ifrit Utama.Wilayah Chu juga dibantu oleh Sekolah Guruh & Halilintar kerana sejak dari dahulu sudah dibuat hubungan diplomatik antara mereka.

Namun begitu pasukan Arya Mara tertewas ditangan Jikao termasuk juga Ibu Syurga dan juga pasukan Dara Seri Intan (ketua Sekolah Guruh & Halilintar).

 🔵4).Bab Final - Menjadi Maharaja.

episod : 133 - 163.
Watak Penting : Jifat,Jikao,Rahib Esa,Jichang,Maharaja Zhou,Marsyal Yao.

-bab akhir ini mula menunjukkan jalan bagaimana Jifat untuk menjadi raja.Tapi sebelum itu,amat mahal harganya kerana orang yang rapat dengan beliau satu persatu ditakdir mati.Amat menyayat hati 3 watak utama cerita ini yang menjadi pendokong utamanya telah pergi seorang demi seorang iaitu -

🔺Ayahnya Jichang telah mati kerana pertarungan dengan abang segurunya Rahib Esa.
🔺Pakcik alias gurunya,Rahib Esa pula telah gugur dimedan perang ketika menentang Tok Harimau Bintang.Namun sebelum pergi,beliau sempat menyalurkan kuasa terakhir pada Jifat untuk menjadikan Jifat jaguh terhandal.
🔺Abangnya,Jikao telah gugur setelah tewas kepada gabungan 2 antagonist utama,Maharaja Zhou dan juga Marsyal Yao.

Sebelum pertarungan akhir,terlebih dahulu pengikut2 utama Maharaja Zhou telah mati ditangan Jifat iaitu Sami Roh,Tok Harimau Bintang dan Marsyal Yao.
Pertarungan akhir dilaksanakan diibukota.Walaupun Maharaja Zhou mempunyai kuasa ifrit yang mutlak hasil kuasa resapan daripada Jikao dan juga bantuan roh nenek moyang nya,tapi tewas juga kepada Jifat yang mendapat kuasa terakhirnya hasil daripada bantuan aura bintang puteranya yang baru lahir.
Zhou ditewaskan dengan jurus akhir gabungan 5 gaya menggempa langit membelah bumi.

Sebelum itu,beliau meminta izin untuk mati dengan cara terhormat sebagai Maharaja.Dengan memakai seragam maharaja,akhirnya beliau membakar diri diatas Pelantar Rusa,maka berakhirnya riwayat Maharaja zalim dalam sejarah.
Jifat telah naik tahkta.Beliau digelar Maharaja Wu Wang dan memberi nama Dinasty Zhou pada zaman beliau.Biduanda Layang dijadikan permaisuri.Tok Jiang diberi jawatan penasihat merangkap perdana menteri.

Tamat.


-Hebatnya komik ini,boleh kita katakan inilah satu2nya komik yang dibaca oleh semua golongan.Jika komik lain2 bole4h kita lihat pecahan genre pembaca dan juga jantina serta pecahan umur.Tapi aura Alam Perwira tidak kira genre pembaca,tuamuda,lelaki perempuan semua jadikan ia sebagai menu bacaan utama pada zaman tersebut..

Kredit dan terima kasih : schibukai hafizal. Saya copy dan publish artikel ini setelah mendapat izin daripada penulis sebenar. 

Kepada peminat komik dan kartun lama2 yang menggamit memori di tahun 80an 90an boleh pergi ke page beliau..

Fakta yang sangat menarik, komik Alam Perwira adalah berdasarkan kisah sebenar yang betul2 berlaku pada zaman dulu.

Dalam komik, jalan ceritanya diubah sedikit dan wataknya juga ditokok tambah mengikut kreativiti. Boleh tonton video di bawah ini :


Jangan lupa SUBSCRIBE juga ya! 


#legend #90an #alamperwira #jejakwira #tonywong #

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Peminat komik mesti ada koleksi ni.

    BalasPadam
  2. pernah baca masa sekolah dulu, baca kawan kelas punya koleksi... sanggup kumpul duit nak membeli, kita selalu tumpang baca jelah nak beli tak berapa minat heheh

    BalasPadam
  3. Antara yang aku collect lama jugak dulu.

    Mintak izin nak guna image collage orang2 jahat first kat atas tu, utk post kat personal facebook page nak buat lawak. Will put credit on your blogspot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..tau tak kat mana ada jual komik alam perwira ni?terima kasih

      Padam
    2. Bro boleh join group2 komik hk di fb.cthnya grop fb Manhua Malaysia.kt situ ada je org jual komik2 lama.

      Padam