Keganasan Yakjuj Makjuj

Yakjuj dan makjuj (Gog and Magog)

Tanda besar kiamat yang ke-4. Tugas mereka menghapuskan segala manusia lain, hanya golongan mereka sahaja yang boleh mendiami bumi. Tapi siapa Yakjuj Makjuj sebenarnya??

Yakjuj Makjuj bangsa yang ganas??

Tak kira orang itu Muslim mahupun kafir, jumpa sahaja pasti akan dibunuh. Tiada yang sanggup melawan, Nabi isa a.s dan Al-mahdi pun tiada kuasa untuk membunuh yakjuj dan ma'juj.

Malah zulkarnain yang berjaya membuat tembok yang memisahkan mereka dengan bangsa lainnya dahulu,
Ketika itu jumlah mereka biasa sahaja.
Yakjuj dan makjuj antara makhluk Allah yang berumur panjang.


Hingga saat ini mereka beranak pinak dengan jumlah yang tidak terkira banyaknya. Nisbah mereka dari 1000 manusia, 999 adalah dari yakjuj makjuj dan hanya 1 dari manusia biasa. (1:999)

Tembok yang terbina bukanlah tembok besi biasa. Ia dimulakan zulkarnain dengan nama Allah, terpahatnya itu dengan kalimah zikir, dan disertakan dengan sifat penuh tawaduk.

Zulkarnain berkata, tembok ini adalah dari rahmat tuhanku.

Kini, ada yang menjumpai tembok itu. Letaknya di antara Armenia dan Adzabaijan(eja macamana tak tahu) Terpahat tinggi antara 2 gunung. Ada bunyi yang riuh di sebaliknya. Tetapi bila dilewati dengan pesawat, kosong.

Tidak hairan, sebagaimana Allah berkuasa menghilangkan pemuda Al-kahfi dari pandangan mata manusia waktu itu, maka seperti itulah Allah berkuasa menyembunyikan yakjuj dan makjuj sehinggalah sampai saatnya keluar.

Tiba waktu mereka dibebaskan oleh Allah, Allah perintahkan Nabi isa a.s dan orang Islam yang lainnya untuk naik berlindung di gunung tursina. Seolah-olah ada benteng di antaranya yang tak boleh didaki oleh golongan yakjuj dan makjuj.

Bagaimana rupa yakjuj dan makjuj? Adakah seperti raksasa yang bengis,? Mereka suka berperang dan ganas macam dalam komik fantasi. Adakah seperti watak ifrit utama dalam manhua alam perwira? Sekadar selingan......

Seluruh jazirah Arab, Syam, Khurasan dipenuhi oleh yakjuj dan makjuj sejauh mata memandang.

Terlepas sahaja mereka keluar, mereka menuruni dari Bukit/gunung(tempat tinggi) dengan laju seolah-olahnya seperti semut-semut yang keluar dari busut(sarang).

Mereka akan minum air di danau Tiberias hingga habis total, satu dunia akan didatangi oleh bangsa ini.

Mereka membunuh semua manusia lain dan tiada kuasa lain yang dapat melawan mereka.
Bangsa yang cintakan darah, hobinya berperang, brutal dan tiada kasih sayang.

Saat mereka bangga dapat menghapuskan manusia seluruhnya, mereka melepaskan anak-anak panah mereka ke langit(bangsa mereka luarbiasa kuat hingga mampu memanah sejauh puluhan kilometer).


Sepertinya firaun yang mengaku tuhan, diperdayakan apabila melepaskan anak panah ke langit lalu syaitan melumurkan darah di hujung panah lantas firaun menyangka telah berjaya membunuh tuhan di langit.

Allah juga memperdayakan yakjuj makjuj dengan memerintahkan malaikat menyapukan darah di hujung panah lalu apabila anak-anak panah mereka kembali jatuh ke bumi, lantas mereka bersorak bangga.
Mereka menyangka dapat membunuh penduduk di langit keseluruhannya.

Yakjuj makjuj adalah manusia biasa yang sifatnya bengis, suka membuat kerosakan, kuat, tidak bertamadun dll.....(Gambar sekadar hiasan sahaja dari watak komik hehe)

Mukmin yang terkepong di atas gunung tursina sudah kelaparan dan kehausan bersangatan. Hanya dengan doa dari Nabi isa a.s dan umat Islam(yang turut mengaminkan) lah maka Allah turunkan pertolongan dengan menghantarkan ulat/cacing untuk membunuh yakjuj dan makjuj.

Satu dunia dipenuhi oleh mayat yakjuj dan makjuj hingga bau busuk merebak ke seluruh tempat.

Lalu sekali lagi Nabi isa berdoa dan diaminkan oleh muslimin lainnya, maka Allah datangkan burung yang mana leher-leher mereka sebesar leher unta. Mayat-mayat yakjuj makjuj ini diangkat pergi. Pergi dibuang ke mana? Wallahua'lam.

Baca juga : Asap Dukhan

Tapi di bumi masih lagi tersisa daging dan darah yakjuj dan makjuj yang mengeluarkan bau yang meloyakan.
Lalu sekali lagi Nabi isa berdoa dan diaminkan oleh seluruh muslimin.

Allah perkenankan doa mereka lalu didatangkan hujan, Kemudian  bumi menjadi bersih seumpama kaca yang baru dilap.

Maka tumbuhan mulai tumbuh, dan amanlah dunia seaman-amannya di fasa ke5....

.............

Ok cerita di atas adalah cerita dari internet yang biasa saya baca. Sila baca cerita seterusnya berkenaan Yakjuj Makjuj.

Yakjuj Makjuj adalah Gunung Berapi???

Ada 1 sumber internet lagi mengatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj ni sebenarnya adalah gunung berapi. Ia mengatakan 1 hari nanti akan berlaku letusan dahsyat gunung berapi yang besar2 di seluruh dunia seperti Yellowstone, Gunung Krakatoa dll saya tak ingat namanya, akan membawa api dan larvanya keseluruh dunia membakar apa sahaja di tempat yang dilaluinya.


Daripada kisah Al-Quran, kita semua tahu bahawa Iskandar Zulkarnain telah membina sebuah tembok atau empangan untuk melindungi suatu kaum dari ancaman Yakjuj & Makjuj.

"Berkata: Apa yang Tuhanku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik maka bantulah aku dengan kekuatan dan aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan antara mereka." – [18:95]

Tembok ini dibina oleh Iskandar Zulkarnain untuk memisahkan Yakjuj & Makjuj daripada mengancam kehidupan kaum tersebut. Iskandar Zulkarnain telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelamatkan kaum ini dengan membina sebuah empangan besi. Kekuatan besi ini tidak mampu ditandingi oleh Yakjuj & Makjuj. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, mengapa 'mereka' berdiam diri sahaja semasa pembinaan tembok besi itu? Jadi, untuk memecahkan kebuntuan ini, kita patut mengubah soalannya daripada 'SIAPAKAH' kepada 'APAKAH' Yakjuj & Makjuj? Sekarang mari kita lihat beberapa lagi ayat Al-Quran dan fakta bahasa untuk mengkaji sifat-sifat Yakjuj & Makjuj.

#1 : TERLETAK DI ANTARA DUA GUNUNG.
Yakjuj & Makjuj muncul ketika Iskandar Zulkarnain melintasi satu kawasan di antara dua buah gunung.
"Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung........" - [18:93]

#2 : MEROSAKKAN PERMUKAAN BUMI.
Kemunculan Yakjuj & Makjuj menyebabkan kerosakan di atas permukaan bumi.
“Mereka berkata, Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj & Makjuj membuat kerosakan di bumi....." - [18:94]

#3 : BOLEH DISEKAT DENGAN EMPANGAN.
Yakjuj & Makjuj tidak boleh dimusnahkan dengan menggunakan senjata, tetapi boleh disekat dengan tembok atau empangan. ".......... aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan mereka." - [18:95]

#4 : MEMPUNYAI SIFAT MENYALA.
perkataan 'Yakjuj' mempunyai huruf akar 'alif-jim' yang membawa pengertian 'nyalaan'.

#5 : BERGERAK SEPERTI GELOMBANG.
Perkataan 'Makjuj' mempunyai huruf akar 'mim-jim' yang membawa pengertian gelombang.

#6 : TURUN DARI LERENG-LERENG TINGGI.
Yakjuj & Makjuj akan turun dari lereng-lereng tinggi semasa kemunculannya yang akan datang.

"Sehingga apabila Yakjuj & Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi." - [21:96]

#7 : AKAN MUNCUL SEMULA DARI BAWAH TANAH.
Yakjuj & Makjuj akan menghancurkan empangan besi yang mengurungnya dari bawah tanah.

"....... tetapi apabila janji Tuhanku datang, Dia menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar." - [18:98]

Sekarang cuba anda fikirkan dengan minda terbuka, apakah yang :

#1 : TERLETAK DI ANTARA DUA GUNUNG.

#2 : MEROSAKKAN PERMUKAAN BUMI.

#3 : BOLEH DISEKAT DENGAN EMPANGAN.

#4 : MEMPUNYAI SIFAT MENYALA.

#5 : BERGERAK SEPERTI GELOMBANG.

#6 : TURUN DARI LERENG-LERENG TINGGI.

#7 : AKAN MUNCUL SEMULA DARI BAWAH TANAH.


Jika minda anda masih terperangkap dengan pandangan tradisional, pasti anda akan menjawab Yakjuj & Makjuj adalah kaum perosak yang tinggal di bawah tanah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Yakjuj & Makjuj bukan SIAPAKAH, tetapi APAKAH? Jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, pasti Iskandar Zulkarnain tidak mampu menyiapkan pembinaan tembok besi tersebut.  Ini bermakna Yakjuj & Makjuj sangat berbeza daripada apa yang digambarkan kepada kita oleh para pengkaji dahulu.

Mungkin juga sebenarnya, Yakjuj & Makjuj ialah sejenis bencana alam yang keluar dari bawah permukaan bumi. Dua perkataan Yakjuj & Makjuj digunakan sebagai istilah kepada sejenis bencana alam dalam bahasa kaum yang ditemui oleh Iskandar Zulkarnain. Bahasa kaum ini tidak sama dengan bahasa Iskandar Zulkarnain.

.............


Bunyinya macam logik juga sebab Yakjuj Makjuj ni kan pembawa bencana. Api larva memancut2 ke udara bila dah takde manusia lagi untuk dibunuh di depannya. Yang terselamat hanyalah manusia yang pergi ke tempat tinggi....Entahlah, pendapat yang ni macam jarang kita dengar.

Saya juga pernah membaca buku di bawah ini yang bertajuk Yakjuj Makjuj 5 Gelombang Pembawa Bencana tulisan saudara Muhammad Alexander. Tapi buku ini tidak pula menceritakan bahawa Yakjuj Makjuj adalah gunung berapi tapi adalah segolongan bangsa yang dah lama wujud di kalangan kita....

Saya beli buku ini dalam tahun 2012 kalau tak silap, guna baucer buku 1 Malaysia.

Buku setebal hampir 750 m/s ini sebenarnya belum saya hadamkan lagi tapi boleh menjadi rujukan yang agak detail tentang siapakah bangsa Yakjuj Makjuj yang sebenar.

Mereka ini sebenarnya dah lama wujud dalam kalangan kita. Mereka ialah golongan berbangsa Synthia, Mongol, Tartar, Xiongnu, Hun, Khazar dll...

Untuk maklumat lanjut, bacalah buku ini. Ceritanya sangat terperinci dengan fakta dan kronologi. Mereka akan muncul semula bila nak kiamat nanti, berduyun-duyun, mengganas, membuat kerosakan di muka bumi.

Hanya Allah maha mengetahui samada Yakjuj Makjuj ni sebenarnya dah lama wujud, belum pernah wujud dan akan muncul bila dunia hampir kiamat ataupun ia adalah sebenarnya gunung berapi? Atau mungkin makhluk asing yang bakal menyerang bumi?? Wallahuaklam...

Catat Ulasan

2 Ulasan