Isnin, 5 Ogos 2019

Semakin banyak berita asteroid nak langgar bumi. Apa persediaan kita?



Media semakin kerap siarkan berita tentang satu lagi asteroid nak langgar bumi. Suka sungguh wartawan media siar tentang asteroid nak langgar bumi. Dalam satu tahun, berita asteroid nak hentam bumi ini akan keluar berkali2. 


Agaknya berita tentang asteroid ni mudah jadi sensasi. Tapi sedikit sebanyak ia tetap mengganggu perasaan, menakutkan, yg nak merancang sesuatu jadi terbantut dan pesakit yang mengalami masalah kerisauan (anxiety neurosis) akan lebih berat gejalanya sebab ikut ramalan, dua bulan saja lagi. Ini dah kira satu bentuk cyberbully 😅. 

Katanya jarak asteroid kali ini 6.7 juta km dari bumi. Media tulis kemungkinan nak langgar bumi 0.01%. Saya tak berapa faham maksud kemungkinan 0.01%. Tetapi kalau kemungkinan nak langgar 0.01%, maka kemungkinan TAK langgar adalah 99.99%. 

Saya tak tahu bagaimana angka 0.01% ini diperolehi, mungkin pakar astronomi boleh terangkan. Apa2pun baik buruk berita asteroid ini, pembaca saja boleh menilainya. Saya sudah lali sebab dah selalu sangat terjumpa. Kehidupan perlu diteruskan. 

Ok antara berita tentang asteroid yang berpotensi nak langgar bumi....



Asteroid Langgar Bumi 14 Tahun Lagi – Ramalan Pakar

Kesan letupan 125,000 kali lebih dahsyat daripada bom atom Nagasaki”

MIAMI: Pakar astronomi berkata, sebuah asteroid dengan ukuran 410 meter panjang, dikenali 2013 Tv135, akan melintasi atau mungkin menghentam Bumi pada 26 Ogos 2032.

Asteroid itu dikesan bergerak melalui buruj zirafah oleh saintis di Pusat Pemantau Astrofizik Crimea di selatan Ukraine minggu lalu.

“Saya sedang memantau buruj zirafah. Pemerhatian kali pertama menunjukkan ia bergerak dengan cepat dan agak hampir dengan Bumi,” kata pakar kaji bintang Gennady Borisov yang menambah 2013 Tv135 berada pada kedudukan 6.8 juta kilometer dari Bumi, Rabu lalu.


Pakar kaji bintang di Itali, Sepanyol, Britain dan Russia juga sudah mengesahkan kehadiran asteroid terbabit dan ia dimasukkan ke dalam senarai asteroid berbahaya Pusat Planet Kecil Kesatuan Astronomi Antarabangsa.

Baca : Peristiwa asap Dukhan dan asteroid.

Jika ia menghentam Bumi, asteroid terbabit akan menyebabkan letupan yang sama kuat dengan 2,500 megaton 50 kali lebih besar daripada bom nuklear paling kuat pernah digunakan atau 125,000 kali lebih besar daripada bom atom yang pernah digugur di Nagasaki pada Perang Dunia Kedua.

Sementara itu, Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) berkata kemungkinan untuk 2013 Tv135 terhempas ke Bumi adalah amat kecil, Pengurus Projek Objek Menghampiri Bumi (NEOP) yang ditadbir NASA, Don Yeomans berkata 2013 TV135 pakar astronomi Cremia di Ukraine 8 Oktober lalu dan hanya mempunyai masa kira-kira seminggu untuk membuat kajian.


“Mereka menganggarkan kemungkinan ia ‘menghentam Bumi’ adalah satu nisbah 63,000, bermakna kemungkinan untuk 2013 Tv135 tidak jatuh di Bumi ialah 99.998 peratus. Namun kemungkinan 0.02 peratus itu masih membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata saiz asteroid itu adalah amat besar dan untuk mengukur objek di langit gelap memang sukar. Namun NEOP menganggarkan lebar 2013 Tv135 adalah antara 200 hingga 800 meter.

“Untuk sebuah asteroid, saiz ini adalah amat besar,” katanya.

Ia juga mencorong Timbalan Perdana Menteri Russia Dmitry Rogozin untuk mengumumkan di laman Twitter bahawa asteroid terbabit akan ‘memberi cabaran besar kepada industri angkasa lepas kebangsaan.



NEOP yang juga dikenali sebagai ‘pengawal angkasa lepas’ bertanggungjawab mengesan asteroid dan komet yang melintas hampir dengan Bumi untuk mengenal pasti sama ada ia boleh menyebabkan ancaman. Asteroid 2013 Tv135 adalah objek ke 10,332 yang dikesan menghampiri Bumi setakat ini.

Sumber – Berita Harian
Foto – bloomberg

Saat tiba masa tersebut. Ape propaganda tak jalan. Pengetahuan sains,konspirasi, electronic. Semua tiada fungsi. Hanya tinggal jiwa yg bersedia. Wallahualam...


4 ulasan:

  1. Kuatkan iman dan takwa kita. Sesungguhnya kiamat itu pasti cuma kita tak tahu bila.

    BalasPadam
  2. moga kita bersedia untuk apa yg belaku, kita pun dh maklum... kiamat tu dh makin hampir dengan ada macam2 petunjuk...

    BalasPadam
  3. Allahu Akbar!

    Sesungguhnya kiamat itu rahsia Allah swt

    BalasPadam