Asap seluruh bumi dan peristiwa Ad-Dukhan



Seluruh dunia bakal menyaksikan peristiwa itu.
1. Bumi akan dibungkus oleh asap hitam yang tebal, yang panas dan sangat beracun.
2. Ketika itu bumi akan bergelap selama 40 hari 40 malam.
3. Rasulullah SAW bersabda :

Jika telapak tangan di dekatkan ke muka, kita tak mampu melihat tapak tangan itu kerana tebalnya asap ini.

4. Rasulullah SAW bersabda :

Bagi mereka yang kafir terkena asap ini, kulit mereka akan melecur, mata akan terkeluar, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka, sedangkan tidak berlaku apa2 kejadian pada mereka yang beriman.


5. Rasulullah SAW bersabda :
Mereka yang kafir akan sukar bernafas, kulit mereka melecur dan berpenyakit. Jika mereka hidup amat sengsara dan menderita.
6. Manakala pada mereka yang beriman, yang benar, yang lurus tauhidnya, serta amal solehnya banyak. Menurut Surah Al An’Aam 159, maka selamatlah mereka walaupun seberat manapun diharunginya hanya berlaku demam dan selsema.
7. Mereka yang islam tapi hobinya berbuat maksiat dan dosa, sama sengsaranya dengan mereka yang kafir pabila menjelang peristiwa itu.
8. Peristiwa ini disebut oleh Allah, oleh Rasulullah SAW, dan keseluruhan para ulama ahli sunnah wal jamaah sebagai dhukan.
9. Peristiwa ini disebutkan dalam surah Ad Dukhan - yang gelap gelita. Kesan selepas peristiwa dukhan - Asap tebal semakin hilang.

Baca : Semakin banyak asteroid ingin menghentam bumi.

10. Ketika itu matahari mulai nampak dan pemandangan yang kita saksikan di muka bumi ini hanyalah mayat2 yang bergelimpangan.
11. Mayat2 haiwan peliharaan dan manusia2 yang tidak mampu bertahan mati bergelimpangan di muka bumi dan persekitaran yang busuk.
12. Berlakulah perubahan iklim bumi menjadi kemarau yang berpanjangan. Maka fasa berikutnya Ad Dajjal muncul memberi kesesatan dalam pertolongan.
Sao Paulo, Brazil pernah bergelap di siang hari. Mungkin ini bayangan bunga Ad-Dukhan?

  

Langit bertukar menjadi gelap pada Isnin di Sao Paulo, Brazil. Menurut meteorologi asap tersebut dipercayai adalah berpunca daripada kebakaran hutan yang jauhnya beribu kilometer di Rondônia/ Paraguay.

Baca juga : Keganasan Yakjuj Makjuj, betulkah Yakjuj Makjuj adalah gunung berapi??

Tak dapat dibayangkan betapa besarnya kebakaran tersebut sehingga menggelapkan Sao Paulo. Lalu seorang netizen memuat naik status berbunyi.

Mungkin anda ingin mengetahui bagaimana rupa hari kiamat? Inilah Sao Paulo pada jam 3 petang semalam..
Sekian.

Saling menasihati dan kepada diriku jua. 

Tiada siapa tahu bila waktunya dan bagaimana asap Dukhan yang sebenar. Moga kita semua dilindungi.

Rujukan :
Surah Al-An'aam 6:157 - 6:160 & Surah Ad Dhukan

FB : Ahmad Albab

Asap seluruh bumi dan peristiwa Ad-Dukhan Asap seluruh bumi dan peristiwa Ad-Dukhan Reviewed by cikguzim on 19.9.19 Rating: 5

3 ulasan:

  1. Allah, takutknya tengok peristiwa di sao paulo brazil tuh... sedangkan kalau hujan lebat di siang hari mendung gelap mcm dh malam pun kita rasa seram... ni kan pulak hari siang bukan hujan gelap gelita mcmni

    BalasPadam
  2. Semoga sempat dibekalkan dengan iman dan amalan yang mencukupi

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.