Cara elak litar pintas



Tips keselamatan

Buat pengetahuan semua, untuk mengelakkan kejadian litar pintas,ELCB (ELCB- Earth Leakage Circuit Breaker)yang berada dikotak suis utama (yang bila kilat kuat dia jatuh,pastu kita tolak naik semula keatas tu),benda itu adalah sangat penting untuk kita yang berada dirumah memeriksa sekurang2nya sebulan sekali.

Kejadian litar pintas boleh berlaku disebabkan suis utama ini

Caranya ialah dgn menekan butang 'push to trip' disebelah punat automatik tersebut. Jika setelah ditekan butang 'push to trip' automatiknya jatuh bermakna ELCB anda dlm keadaan baik tetapi jika anda tekan 'push to trip' dan ELCB anda tidak jatuh,maka cepatlah menghubungi wireman untuk menukar yang baru.

Rumah anda dlm keadaan bahaya dan risiko kebakaran boleh berlaku. Peringatan bila tekan butang 'push to trip' rumah anda akan black out kerana bekalan elektrik telah diputuskan,jangan bimbang just tolak semula ke keatas dan bekalan elektrik anda akan kembali kepada sediakala.

Kredit: Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota, Kuala Terengganu

Catat Ulasan

0 Ulasan