Beza PdP dan PdPc

Apa itu pdp dan pdpc? Baca dulu situasi ini...

PdP n PdPc

Cikgu PdP : Peranan cikgu ialah Memberi Ilmu kepada Murid

Cikgu PdPc : ....opps itu cikgu dulu2 tuu. 

Cikgu PdP : Habis tu cikgu sekarang macam mana?? 

Cikgu PdPc : Peranan cikgu sekarang ialah mengajar/melatih mereka mendapatkan Ilmu

Cikgu PdP : Apa bezanya?...ahhh sama je laa tu…depa Rebranding je ni…hang tu lebih2

Cikgu PdPc : tak sama dulunya cikgu cari bahan lepas tu hidangkan pada murid, tp sekarang cikgu tetapkan satu objektif/standard pembelajaran lepas tu buatkan aktiviti yg sesuai supaya murid bergerak capai sendiri objektif tersebut. Peranan cikgu sebagai pemudahcara membantu murid dgn strategi yg terancang capai standard pembelajaran.

Cikgu PdP : Apa pekdahnya? Bukan ke lebih cepat kalau diberikan sahaja ilmu tu tak payah la susah2 cari? Kita suap jer…yg penting depa ngaga n telan. Cara mcm ni lebh cepat.. 

Cikgu PdPc : Dalam perjalanan nak capai standard pembelajran tuu bukankah dia dibekalkan kemahiran mencari ilmu atau maklumat melalui buku teks/internet/bincang dgn kawan@ guru/experimen / pembentangan/ penulisan folio? Murid dapat pelbagai kemahiran belajar dan ilmu utk capai objektif/standard pembelajaran yg ditentukan dgn dibantu oleh cikgu? So kemahiran belajar tu boleh diguna bg dapat ilmu2 lain pula.

Cikgu PdPc : …mudah macam ni dulu kita beri ikan, tp sekarang kita ajar cara2 nak tangkap ikan dan boleh pelbagai cara jala/pancing/pukat 

Cikgu PdP : Hmmm masih tak paham lagi laa. Aku guna cara lama la senang aku dulu bleh jd cikgu ni pun sebab cara lama laa tak dak perlu guna teknik2 baru mcm laa ni. 

Cikgu PdPc : Ikut Cikgu laa…mana yg sesuai.

😂😂😂😂

Sumber : FB 

P/S : Didiklah murid @ anak-anak mengikut zamannya.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Bru taw bezanya...tpi rasanya dulu lg dh pernah dgr tentang pancing dan jala...hehehe...

    BalasPadam
  2. ok paham, aritu ada jugak belek2 buku utk mengajar masa adik buat praktikal mengajar kt sekolah, dia mengajar sekolah rendah tp kita yg dh tua ni pun pening. Tp seronok tengok adik cerita dia mengajar sekarang ni walaupun cuma cikgu ganti sementara dia buat rayuan utk sambung degree.

    BalasPadam
  3. setuju dengan kaedah PDPC ni sebab dia boleh generate mind anak2 kita. tapi ammi agak terkilan dengan guru anak ammi semalam sebab jam 8pm baru dia letak kat whatsapp group untuk anak2 sediakan bahan PDPC utk subjek dia (keesokan hari). And semalam adalah Ahad. Kenapa tidak dia bagitau awal?

    BalasPadam
  4. bagi saya, generasi skrg lebih suka dgn PDPC, sbb konsep survey and surfing ada dalam PDPC..mereka suka...Aktiviti..itu yg ptg...

    BalasPadam
  5. sangat membantu,...terima kasihhh

    BalasPadam
  6. Ahh.. Ni semua poyo.. Cikgu kita dulu ajar je. Murid yg rajin tetap rajin. Yg malas tu tetap tak berubah.. Yg rajin tu la bakal pemimpin negara kelak. Terima kasih pada cikgu² dulu yg berjaya ramai insan yang cemerlang

    BalasPadam