Tips ibu-ibu ada anak kecil

TIPS PENTING IBU IBU

1) Jangan makan maggi depan anak.
2) Jangan bagi kenal YouTube. Download je biar dia nengok video yang ada dalam galeri je. 😆 Kalau tak bagi hp langsung kang anak ketinggalan pulak. Sekat apa yang boleh sekat. 

Ni anak saya, anak solehah. Dah 5 tahun umurnya sekarang dan dah boleh solat ikut mama ayah. Moga istiqamah.....

3) Letak pen, pensil, krayon tempat tinggi. Jangan sepah-sepah.
4) Seminggu sekali je dapat makan ice-cream, coklat, sumi/puding. Gula-gula jangan bagi langsung. Jangan tak tau, pnyebab anak tantrum pun iya jugak gula ni. 
5) Nak mandi ke, nak solat ke, or nak pergi kerja or mana-mana kena bagi tau dia. Kalau kecik lagi ajarkan cakap "Babai, ummi nak mandi jap. Tunggu kejap ok" Walau dia kecik dia paham. Dia nangis tu biasa. Lama-lama biasala tu. 
6) Ajarkan kemas mainan sebelum nak tidur or sebelum ajak jalan. 
7) Segala rak yang simpan pisau, barang kaca, peti ais, rak baju kalau boleh kunci. Beli macam dalam gambar tu kat DIY ada jual. 
8.) Tv kalau boleh gantung kat dinding. Letak atas kabinet tv tu boleh jatuh pecah. TV i pernah pecah si anak memanjat kabinet tu. (Taip ni dalam keadaan redha jeee) 😅
9) Anak bangun tidur bagi salam kat dia, peluk dia. Tanya-tanya tadi tidur mimpi apa (borak-borak walau macam cakap sorang2). Kawan sis sampai besar anak dia bangun tidur je akan bagi salam kat mak ayah dia. Baguskan? 
10) Jangan ajar anak takut kan apa-apa. Jangan sebut pun perkataan momok, hantu, kucing gigit dan sebagainya. Takut Allah dengan takut bila ummi bertukar jadi hulk itu xpe. Hehe

Kbai. Semoga bermanfaat.
Nak bagi si kecik bijaksana bakal ustaz ni tidur.

Kredit : Icha Abd Razak

2 ulasan:

  1. banyak tip ini...berguna untuk makbapak moden ini...

    BalasPadam
  2. good info. lebih baik mencegah dari merawat.. jagalah anak kesayangan kita baik2

    BalasPadam

Peringatan mesra: Saya amat menghargai komen anda namun komen yang ditinggalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan ilmiah dan berhemah. Yang indah itu bahasa dan tak rugi kongsi ilmu bersama.

Keep comments respectful and follow our community guideline.

Dikuasakan oleh Blogger.