Kenapa diet selalu gagal?



Kenapa diet selalu gagal? Sebenarnya ada banyak faktor, antara sebab yang utamanya susah nak kurangkan makan dan asyik mengunyaaaah je.

Kenapa Susah Nak Berhenti Makan ?
Masih mood raya dan meriah dengan rumah terbuka. Jaga makan tu paling penting untuk elak gemuk lepas raya.

Pernah tak korang rasa susah pulak nak berhenti makan pada waktu tertentu. Ini mungkin puncanya.

1. Rasa Belum Puas. Perut dah tak boleh masuk tapi selera  tetap nak makan dan mengunyah. Topik cipta kepuasan ni aku kongsi kemudian ye.

2. Otak Keliru. Rasa haus tertafsir sebagai rasa nak makan. Sedangkan kita dahaga. Tapi kita tuju kepada makanan. Sepatutnya minum air je, sebab tu susah berhenti.

3. Karbohidrat Ringkas. Semakin makan semakin lapar dan rasa nak makan lagi. Rasa tak boleh berhenti mengunyah. Contoh kerepek, biskut raya, dessert, keropok etc.

4. Makan Depan Televisyen. Makanan habis, tambah lagi sebab rasa kenapa kejap je habis makanan tu. 

5. Makan Laju. Lagi laju makan lagi mendadak kadar gula dalam darah meningkat. Lagi berselera jadinya. 
.
Dah kenalpasti, maka korang juga boleh atasi.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. saya antra makhluk yg selalu failed diet..hahaha

    BalasPadam
  2. lps raya ni mencuba kawal makan, cuba eat clean...

    BalasPadam
  3. Yang nombor tiga tu memang betul. Kalau makan keropok, rasa susah nak berhenti🤣.

    BalasPadam
  4. diet ni memang kena disiplin diri yang tinggi..ni masalah saya, kadang2 suka mengelat time diet tapi ada hati nak selim melim..hahah..

    BalasPadam
  5. Menunjukkan rakyat Malaysia mewah makanan

    BalasPadam
  6. Diet selalu gagal kerana kalah dengan nafsu nak-nak kalau makan free.
    Eh! tetiba hahaha...

    BalasPadam
  7. oohh.. sy tak diet.. tp makan depan TV tu rasanya kot punca berat badan naik haha

    BalasPadam