Ibu bapa sila hati-hati dengan tutur kata terhadap anak setiap hari

" Dalam ramai-ramai adik beradik kulit dialah yang paling gelap"
" Budak gemuk"
" Dia tak pandai belajar macam abang kakak dia"
" Kakngah yang paling tak comel"
" Dia paling nakal"

Skrip itu diulang-ulang oleh si ibu sewaktu berbual dengan saudara mara dan kawan.


Tanpa disedari,  kata-kata itu dirakam dalam minda bawah sedar anak-anak.

Lagi menyedihkan bila di rumah skrip yang sama, diulang oleh adik beradik lain kepada anak itu.

" Mak cakap kau yang paling tak comel"
" Kau ni memang tak pandai"

Sejak kecil hingga dewasa.
Itulah yang didengar hari-hari hari.

Lalu dia membina sistem kepercayaan diri  (belief system) bahawa dia anak yang tak bertuah dan paling malang sebabnya dia..

Tak comel.
Kulit tak putih.
Dia nakal.
Dia degil.
Dia kurang pandai.
Dia gemuk.

Sebenarnya ramai orang dewasa yang ada trauma sejak kecil seperti dibandingkan dengan adik beradik yang lain atau bukan anak kesayangan, mereka ini membesar dengan perasaan negatif.

Aku tidak disayangi.
Semua orang tak suka aku.

Ibu ayah,

Hati-hati dengan skrip yang kita ulang setiap hari kepada anak-anak, sebab umur anak bermula  0 - 7 tahun mereka akan serap semua dalam minda bawah sedar (Unconcious mind).

Saya dan anak ketika kecil. Copy rupa ayah rupanya. Gambar sekadar hiasan tiada kaitan dengan post sebenarnya hehehe.

Apa yang kita ulang sebut pada diri dia itu yang dia percaya. Sebutlah benda yang positif, perkara yang kita nak dia jadi.

Kalau dia ada kekurangan, bagi lah kata-kata yang memberi keyakinan dan kekuatan kepadanya. "Gelap dan putih dua-dua cantik, Allah cipta semua cantik".

Let us raise kids who do not have to recover from their childhood.

Sumber : Widyana Ali.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. anak no 2 saya...pergi mana mana mesti orang usik dia pasal warna kulitnya yang tak sama dengan mak ayah dan adik beradik yg lain. kesian dia

    BalasPadam
  2. PC percaya setiap kata-kata itu satu doa..walau hanya sepatah perkataan.

    BalasPadam
  3. Sangat setuju. Kata-kata tu memainkan peranan penting dalam perkembangan mental anak-anak. Perkataan yang negatif boleh membawa kepada kurangnya keyakinan diri apabila mereka dewasa.

    BalasPadam
  4. betul tu cikgu..anak2 akan jadi seperti apa yang kita katakan setiap hari padanya...

    BalasPadam
  5. betul... sebab tu org tua2 kata, ucapkan yg manis2, yg baik untuk anak kita...
    selalu kalau sya nk marah aiyan atas apa kesalahan dia... sya mesti akan kata dia anak bertuah, anak bijak... nk marah pun tahan kene cakp yg elok2 je

    BalasPadam