Wow! Cara ni berkesan untuk elak anak main telefon...Tapi...
Sekiranya anda bercadang untuk mengikut cara tersebut, fikirkan semula.
Penggunaan gadget secara berlebihan tanpa pengawasan ibu bapa sememang telah terbukti mendatangkan kesan negatif kepada kanak kanak.
Namun adakah KITA terlalu terdesak sehingga sanggup melakukan prank yang boleh menyebabkan luka dan parut psikologi kepada anak anak?
Prank
Prank merupakan trend terkini di media sosial yang dilakukan untuk mempermainkan seseorang, menyebabkan mangsa malu, keliru dan tidak selesa. Media sosial menyebabkan budaya prank ini semakin berleluasa termasuk ibu bapa melakukan prank kepada anak.
TRAUMA adalah peristiwa atau persekitaran yang dialami oleh seseorang individu yang menyebabkan kesan emosi, fizikal, kesihatan seseorang individu.
Semasa sedang mengalami trauma, otak kanak kanak berada dalam keadaan stres yang memuncak, hormon ketakutan di rembes dengan banyak.
Keadaan ini menjadi lebih serius kerana otak kanak kanak sedang berkembang. Sebarang bentuk trauma akan KEKAL dalam memori untuk jangka masa panjang .
Respon dan tindakbalas mungkin berbeza untuk setiap kanak kanak. Tetapi percayalah,menakut nakutkan anak dengan prank bukan cara yang terbaik untuk mengubah tingkahlaku🙏🏼
.
Mengikut kajian, kanak kanak yang trauma bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mengawal emosi.
Mereka mungkin mengalami,
✔️ Rasa ketakutan dan kerisauan yang tidak menentu
✔️Sukar untuk ditenangkan dan dipujuk
✔️ Bertindak agresif dan impulsif
✔️ Hilang keyakinan diri
✔️ Mengalami kesukaran untuk tidur
✔️ Mundur dan terkebelakang dari segi fungsi dan tingkahlaku.
TRUST - Kepercayaan
Ibu bapa adalah insan yang paling dipercayai oleh kanak kanak. Sekiranya mereka dapat tahu bahawa ibu bapa telah menipu mereka sehingga mengalami trauma, adakah mereka masih dapat mempercayai ibu bapa seperti sebelum ini?
Hari ini mungkin anda solekkan mata, adakah esok lusa anda akan simbah kordial sirap seperti kesan berdarah untuk mengubah tingkahlaku yang lain?
Setiap ibu bapa ada cara yang unik dan berbeza dalam mendidik anak anak. Sesungguhnya, kanak kanak perlu tahu dan dimaklumkan mengenai kesan, akibat dan tanggungjawab dari perbuatan yang mereka lakukan.
Komen cikguzim : Setiap orang ada cara tersendiri. Zaman dulu mendidik anak sampai kena rotan berbirat, ada budak kena ikat pada pokok ada kerengga, ditakutkan dengan pelbagai jenis hantu; hantu susu la pocong la nenek kebayan la ok je jadi orang jgk hehe. Just my 20 cent.
Catat Ulasan
4 Ulasan
Hahaha kesian.. ada yg sy lihat kat fb ibu dia tukar wallpaper dgn gambar hantu.. terus anaknya tak berani pegang hp..
BalasPadamKihkihkih. Budak-budak memang naif. Senang percaya. 😁
BalasPadamKalau anak-anak yang masih kecil bolehlah ditipu macam ni. Kalau yang dah besar, tak boleh dah nak guna cara ni. Kreaktif juga mak budak tu.
BalasPadamahahaha nampak gak orang share gambar ni kat FB pagi tadi..lawak gilerrr
BalasPadam