Cara simpan daging supaya tahan lama

Raya korban sudah tidak lama lagi. Banyak daging yang akan diterima nanti. Cikguzim kalau raya korban agak banyak juga dapat daging korban nanti sampai ada dalam 2-4 plastik. Macam mana nak simpan daging supaya tahan lama? Jom baca artikel ini diambil dari fb.



[CARA MENYIMPAN DAGING YANG BETUL]


Ada yang SIMPAN DAGING memang banyak, sampai tak termakan daging tu. Jika betul cara menyimpan daging. Boleh tahan sampai berminggu tanpa rosak. Jom baca cara simpan daging supaya taha  lama....

📍JANGAN CUCI DAGING SEBELUM DISIMPAN

Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak. 

📍JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK DI DALAM FREZER

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

📍JANGAN TERUS SIMPAN DAGING DI DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.

📍JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGUNAKAN AIR PANAS

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas. 
Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). 
Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

📍Tips tambahan

Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!!  

Baarakallah
Semoga memberi manfaat

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. tu la, pernah gak baca..apa2 jenis daging ke ayam ke..jangan basuh dulu kalo nak simpan dalam freezer, bila nak masak nanti baru basuh...

    BalasPadam