Adakah durian menggemukkan?

Dah masuk musim durian, rasa macam baru lagi musim durian hari tu.

Memang sedap durian, siapa tak makan durian bukan orang Asia. Tak macam orang putih yang memang tak makan durian dan menggelarkan durian sebagai 'worst food in the world' hehe..

Banyak sangat makan durian tak elok untuk badan sebenarnya. Itu hikmahnya durian bermusim. Adakah durian buah yang menggemukkan?

Jom lihat kalori durian. Seulas durian kalorinya sekitar 50-60 kalori. Kalau sebiji dalam 500-600 kalori. 


Tidaklah makan durian akan terus menggemukkan badan juga asal diambil dalam kuantiti yang tidak berlebihan. 1-2 biji sehari tu dah dikira ok dan takkan menggemukkan pun.

Jangan risau sangat dengan kalori durian, tidur selama 1 jam sudah membakar 60-70 kalori, belum lagi melakukan aktiviti yang lain. 

Namun awas bagi pesakit2 kronik seperti pengidap kencing manis, jagalah pemakanan anda pada musim durian ini. 

Selain tinggi gula durian juga tinggi dengan serat, kalsium dan juga protein begitu juga khasiat2 yang lain. Makanan apapun, ia takkan memudaratkan asal diambil berpatutan.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. gemuk x gemuk, bila sdh jumpa durian lupa kejap dgn dunia 😂😂😂

    BalasPadam
  2. hantu durian sy ni..kdg bila sehari dh byk tiba2 teringt 'mkn durian bole gemuk' trus terbntut selera..kikiki

    BalasPadam
  3. pantang kalau disua durian percuma, memang makan aje...kalo kena beli sendiri, bole la berpantang makan...hahaha

    BalasPadam
  4. Hihi kalu dah hantu durian, dah tak kira dah kalori.. hentam makan jea selagi boleh makan... hihi.. TAHNIAH diucapkan kerana minggu ini awak dipilih untuk menjadi Top Commentator dalam jurnal saya..

    https://www.shikinrazali.com/2019/07/top-commentator-bulan-julai-2019-tahniah.html

    BalasPadam