Cara mudah mohon lulus Google Adsense



Assalamualaikum hai semua dan selamat hari raya, alhamdulilllah setelah memohon sebanyak 1 kali  sahaja akhirnya blog telah pun lulus google adsense. Permohonan dibuat seminggu sebelum raya dan 1 Syawal haritu dapat makluman blog yang ini telah pun lulus untuk adsense.


Kini penaja dah menari dan menghiasi blog ini. Harap kekal lama dan sejarah tak berulang seperti yang berlaku dahulu hihi, terlanggar pantang punya pasal. Pengalaman ini amat bermakna, ramai je orang yang mengalami perkara yang sama. Tolong jaga terma dan syarat google adsense kalau nak kekal lama.

Kalau anda dah pernah ada akaun adsense sebelum ni, akaun adsense yang dah kena disable ia amat susah untuk disemak dan diluluskan semula.

Google adsense ni sebenarnya mudah saja nak mohon lulus kalau kena dengan caranya.

Di sini cikguzim nak kongsi sedikit tips dan cara nak mohon supaya blog lulus adsense dengan cepat:

- Buat lebih dari 20 artikel. Blog juga mestilah berusia lebih 2-6 bulan.

- Cuba buat entri yang ditulis sendiri, kalau copy sikit artikel dari blog lain sila berikan kredit. Google suka pada penulisan yg beretika serta konten yang original.

- Masukkan disclaimer, policy, about me, contact me dalam menu supaya blog anda lebih dipercayai oleh google

- Dapatkan pageview blog lebih dari 2k. Macam mana nak tingkatkan pageview blog? Kongsi artikel anda di laman sosial seperti di fb, twitter dan lain-lain. Rajin2 juga berblogwalking dan tinggalkan komen berhemah.

- Submit link artikel ke webmaster tool supaya entri anda mudah di crawl oleh 'labah'2 google.


Dan ini adalah pantang larang dalam google adsense. Jangan sesekali buat perkara ni ok.

- Patuhi terma dan syarat google adsense. JANGAN klik iklan sendiri. Jangan sesekali mencuba atau menyuruh orang lain klik iklan anda. Google mempunyai sistem yang canggih untuk mengesan aktiviti anda. Ia juga perlakuan yang tidak jujur dan tak beretika

- Jangan buat blog copy paste, tulislah artikel sendiri yang fresh dan unique. Kalau nak petik dari blog orang pastikan berikan kredit.

- Jangan tayangkan screenshot pendapatan adsense anda.

- Jangan kongsi artikel berunsur rasis, pornografi, provokasi, judi, promosi arak dan dadah, penjualan senjata dan lain-lain yang dilarang. Jauhi dapat dosa percuma. Kongsi kertas kerja, soalan ujian dan assignment pelajar pun tak dibenarkan kerana ia ada unsur copyright.

- Jangan linkkan blog dengan site yang ada unsur download percuma seperti movie, lagu etc sebab mempunyai unsur copyright juga.

- Jangan buat iklan secara pop-up. Buka artikel kemudian keluar iklan dahulu, bahaya ni. Jaga etika adsense selalu. Tiada jalan pintas.

Apa akan jadi kalau adsense kena disable?

Disable maksudnya akaun dinyahaktif. Tak boleh keluar iklan lagi.

Amat sukar untuk mohon semula dan peluang untuk aktif balik tipis jika guna akaun yang sama.

Ini bermakna kalau nak daftar semula adsense kena buka totally new gmail dan akaun blog ataupun youtube.

Alright jelas kan?

Nak kongsi panjang lebar saya bukanlah otai,  cuma berkongsi apa yang saya tahu dari otai2 adsense yang lain dan juga pengalaman sendiri. Mungkin nanti ada kelapangan akan saya tambah lagi beberapa tips  adsense yang lain.

Teruskan berkarya dan tulis artikel bermanfaat. Selain blog, adsense juga kalau dah lulus boleh link dengan akaun youtube yang dah boleh di monetize.

Good luck sebagai content creator!

Rezeki Syawal, harap ini akan menaikkan semangat cikguzim untuk terus berblog disamping berkongsi ilmu bermanfaat.

Jangan lupa kongsilah ilmu, sering cikguzim pesan pada anak murid ; jika saya ada rm1, kamu ada rm1, kita tukar masing2 dapat rm1, tapi kalau sy ada ilmu, kamu ada ilmu, kita tukar, masing2 dapat 2 ilmu 😊

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Alhamdulillah..syukur..rezeki ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. kalau baik hati, settingkan untuk sy hahahhaa. sy tatau nape tak lepas

    BalasPadam
  3. mine just got block a few weeks ago. sedih gila

    BalasPadam
  4. Tahniah.. ciktie dulu dua tiga kali juga nak bolehkan lulus hehe

    BalasPadam
  5. Tahniah, rezeki di bulan Syawal. Saya pun baru lulus Google Adsense masa raya pada permohonan pertama.

    BalasPadam
  6. alhamdullilah. nice info

    BalasPadam
  7. Tahniah cikguzim..panduan berguna untuk saya :)

    BalasPadam
  8. thank you for the tips. nak apply adsense jugak inshaAllah

    BalasPadam
  9. Seronok baca.... tahniah....

    BalasPadam