Sebenarnya cikguzim tengah runsing sebab banyak rendang ayam dan daging serta masakan gulai raya semalam masih banyak. Jadi cikguzim pun google dan jumpa info berguna untuk buat rendang dan gulai supaya tahan lama. Kredit diberi kepada siraplimau dan vitdaily atas perkongsian ini. Jom cepat buat supaya rendang tu tahan lama dan lambat basi, raya kan sebulan.
.................................................
“Aik, baru masak malam tadi, tapi tengah hari ni dah nak berbau masam? Membazir je kena buang. Dahlah aku masak banyak. Aduhai… Macam mana nak buat rendang tahan lama?”
Menjelangnya Hari Lebaran, hampir setiap rumah akan menyediakan rendang. Dah nama pun Raya, tak sahlah kalau tak ada rendang, kan?
Tapi malangnya kadangkala rendang yang kita masak cepat betul basi walaupun dah dihangatkan berulangkali. Sedangkan ada sesetengah orang masak rendang tetap elok berhari-hari walaupun tak dipanaskan.
Apa rahsia buat rendang tahan lama? Jom kita tengok beberapa tips dan petua di bawah.
8 PETUA SUPAYA RENDANG TAHAN LAMA, TAK CEPAT BASI!
1. PILIH SANTAN YANG BERKUALITI
Antara makanan yang paling cepat basi adalah makanan bersantan. Maka, kunci yang sangat penting adalah pada santan.
Kalau pilih santan yang segar dan berkualiti, rasa rendang pun lebih lazat selain mampu bertahan lebih lama.
2. TUNGGU PERIUK SEJUK BARU TUTUP
Selepas selesai memasak, jangan tutup rapat periuk yang berisi rendang tadi. Sebabnya, wap air akan terkumpul dan akan jatuh semula ke dalam rendang. Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain.
Jadi, kalau nak tutup masa masih panas, biarkan ada sedikit bukaan (tak payah tutup rapat). Atau, tunggu hingga agak sejuk barulah periuk ditutup.
3. BIAR BETUL-BETUL PECAH MINYAK
Semasa menumis, pastikan bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali.
Selepas ada tanda begini, barulah masukkan ayam atau daging.
4. MASAK SAMPAI RENDANG KERING
Salah satu cara untuk elakkan rendang cepat basi adalah dengan memasaknya hingga kering.
Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut!
5. KURANGKAN SANTAN
Sebenarnya tak semua resepi rendang menggunakan santan. Yang tak pakai santan tetap akan ada rasa lemak sebab dah guna kerisik.
Kalau tetap nak guna santan, kurangkan sedikit kuantitinya kalau nak ia bertahan lebih lama.
6. GORENG AYAM / DAGING SEPARUH MASAK
Sebelum masak rendang, gorengkan dulu ayam hingga separuh masak atau masak ayam / daging atas api tanpa minyak atau air. Boleh juga gaulkan dengan rempah-rempah dan bakar seperti ayam percik. Proses ini adalah untuk keringkan air daging atau ayam.
Jadi bila air ayam / daging tu kering, barulah rendang lambat basi.
7. PASTIKAN PERKAKAS KERING
Masa nak simpan rendang dalam bekas, pastikan bekas telah dilap kering. Masa nak menceduk pun, kena pastikan juga sudip, sudu, atau senduknya kering.
Sebelum memasak atau panaskan atas periuk / kuali pun, keringkan dulu atas api supaya rendang yang dimasak tahan lama.
8. SEJUKBEKU & ASINGKAN
Bila nak simpan, asingkan kepada beberapa bekas-bekas kecil. Jangan simpan dalam satu bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan.
Bila asingkan ikut portion kecil-kecil, bila nak makan atau hidang, kita akan keluarkan 1-2 bekas saja dari peti sejuk untuk dipanaskan dan yang lain tak akan bersentuh.
SELAMAT MENCUBA!
Mudah-mudahan dengan beberapa petua yang dikongsikan di atas, rendang yang anda sediakan di rumah dapat bertahan lebih lama. Yalah, Hari Raya nanti ada juga tetamu yang datang mengejut.
Kalau ada stok rendang yang dah dimasak, senang nak makan pada bila-bila masa, kan?
Kredit : siraplimau, vitdaily
Rendang memang best, tapi 1 je yang tak best bila banyak makan rendang ni perut akan sakit. Macam tu la setiap tahun bila overdose makan rendang ni sebab dalamnya banyak rempah ratus dan rasa pedas. Confirm perut jadi sakit.
Jadi raya tahun ni cikguzim dah standby awal ubat sakit perut semulajadi iaitu pucuk jambu batu dan bancuh teh pekat, lega rasa perut nanti.
Catat Ulasan
5 Ulasan
memasak rendang sampai kering dan tanpa ada campuran kentang :D itu sudah cukup buat rendang panjang umur hehe
BalasPadamBila dh kering, jd serunding pn best juga
PadamSaya tidak bisa memasak he..he
BalasPadamTapi di lain waktu mungkin saya akan memcobanya..Terimakasih telah berbagi
Hello admin
Woow Nice article I am like your post. "Perfect"
Good job Tanks For sharing
Please follow me back and Good luck
Youtube Vs book What's On Your Mind Most assume No ...
nice sharing
BalasPadamTak sempat basi dah licin dulu
BalasPadam