Drama Melayu kini - penuh khayalan kurang hiburan



Drama Melayu.

Pagi ni berbual dengan mak dalam kereta. Menceritakan tentang satu sisi pandang drama-drama melayu. Mengisi masa lapang sementara memandu ke kuala lumpur. Maka melompat-lompatlah cerita. Sambil isteri juga tumpang sekaki dalam perbualan. Saya lebih banyak mendengar, sekali sekala tersengih dan mengangguk tanda memberi perhatian.

Tajuk pagi ni terfokus terhadap perangai kaum melayu yang terlalu terpengaruh dengan dunia drama melayu. Maka dikupaslah oleh mertua menantu dengan pelbagai cerita. Sementara tajuk itu telah lama mencetuskan kegusaran pada saya.

"Alah, takkan nak berhibur sikit pun tak boleh". 
Bentak adik satu ketika dulu, ketika remaja bila saya menghalangnya menonton drama kesukaannya. Menonton tv selama berjam-jam dikata "hiburan yang sedikit". Pengaruh buruk drama sehingga terbawa-bawa kedunia nyata seperti dengki, pentingkan diri, tamak, kedekut dan segala bagai sifat buruk dikatakan sebagai "hiburan yang sedikit".

Antara drama Melayu yang membuatkan netizen keliru, tajuk saja sudah nembuatkan kita kerut kening.

Menjadikan ilmu dalam drama sebagai hujah dalam kehidupan nyata, seolahnya drama itu fakta yang tak diragui masih dikata sebagai "hiburan yang sedikit".

Hati anak muda yang kosong diisi dengan cerita-cerita cinta sehingga mereka tenggelam dalam dunia khayalan masih dianggap sebagai "hiburan yang sedikit". Hati mereka gagal dimasukkan dengan kebesaran Allah akibat ruang besar itu telah dikecilkan dengan syahwat keduniaan masih dianggap sebagai "hiburan yang sedikit".

"Apa sebenarnya definisi "hiburan yang sedikit"?"
Akhirnya saya menyampuk perbualan mereka. Panjang sangat dah tajuknya. 

Masing-masing terdiam. Memikir sementara jawapan yang tepat. Menjadi lagi "punch line" saya.

"Dalam Islam, ada 2 syarat yang perlu dipenuhi ketika berhibur. Melengkapi 2 syarat itu satu kemestian untuk menjadikan hiburan itu "hiburan yang sedikit".".
Saya mula membuka slot tazkirah setelah keduanya mula tertanya-tanya.

Soalannya, kenapa kena rujuk Islam walaupun hanya untuk berhibur?

Jawapannya, oleh kerana Islam adalah cara hidup dan berhibur adalah salah satu dari keperluan kehidupan, maka berhibur itu sebahagian dari Islam.

Islam memandang hiburan sebagai bukan perkara utama. Ia dibolehkan, tetapi tidak boleh sehingga mengganggu tanggungjawab haqiqi manusia.

"Syarat pertama, hiburan itu tidak melibatkan perkara maksiat."
Saya mulakan dengan point utama. Itulah batasnya. Kita hamba, ada suruhan yang perlu diikuti dan ada larangan yang perlu dijauhi. Tidak ada ruang kemaafan bagi maksiat dalam perkara bukan utama. Berbeza dengan kefahaman anak muda, "hiburan yang sedikit" langsung tidak menjadikan maksiat sebagai ukuran. Maka awal-awal lagi kebanyakan hiburan kini terkeluar dari landasan Islam. Tapi siapa yang peduli?

"Syarat kedua, hiburan itu tidak  melalaikan."
Kita ada tugas utama. Allah menuntut kita menjadi hambaNya. Kelalaian akan mengganggu matlamat itu. Hiburan adalah antara penyumbang utama kelalaian.

Itu belum lagi dilihat kepada kesannya pada generasi muda yang jelasnya telah terlihat nyata. Drama ustaz Mahadi menjadikan golongan asatizah dibenci. Drama cinta menyebabkan hati anak muda layu dan sempit. Dendam menjadikan masyarakat melayu tidak mampu membebaskan diri dari ammarah.

Sumber : Ustaz Aireroshairi bin Roslan 

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. perkongsian yang bagus dan bermanfaat...iya lah, kita ni kadang2 alpa...syok sangat tengok drama, tapi sebenarnya kebaikannya sangat sedikit berbanding keburukannya..

    BalasPadam
  2. Bagi saya semuanya bergantung kepada diri kita. Kebanyakan jalan cerita yang klise wujud dalam drama kerana adanya permintaan daripada masyarakat. Nak tonton boleh tapi janganlah berlebihan sampai mengabaikan tanggungjawab. Ramai yang kata drama dari luar negara lagi berkualiti & banyak pengisian. Tp kalau kita lihat banyak adegan yang tidak menyenangkan. Drama tempatan mungkin masih belum dapat mengatasi drama luar negara dari segi teknologi & pengisian tp sekurang-kurangnya kurang adegan yang yang tidak menyenangkan. Apa-apa pun pilihan di tangan kita.

    BalasPadam
  3. DAH LAMA TAK TONTON DRAMA TV

    BalasPadam
  4. dah lama tak tengok drama sbb tak sempat....

    BalasPadam
  5. kena pilih2 gak drama melayu yg menarik n penuh dgn pengajaran..

    BalasPadam
  6. entahlah,selagi ada permintaan tinggi,selagi itu drama seperti ini akan terus ditayangkan

    BalasPadam
  7. Pendapat Mrs. A tak semua drama melayu tu negatif banyak je drama bangsa lain yang seangkatan tapi tulah melayu yang dapat nama buruk. Lagi satu tengok boleh tapi janganlah ikut kalau ianya buruk jadikan pengajaran dan sempadan yang baik jadikan teladan sebab tu setiap drama ada ketogari so anak-anak kalau nak tengok tu kena pilih ketogari yang sesuai dengan bimbingan ibubapa please mak pak tengok sekali.

    BalasPadam