Beban tugas guru semakin dikurangkan?

Kenapa sekarang kerja sebagai guru rasa terlalu sibuk dan membebankan ya?

Bila saya borak dengan cikgu-cikgu lama, ramai cakap benda yang sama. Dulu datang sekolah rasa seronok. Ada masa nak fikir macam mana nak buat murid faham. Sempat buat BBM yang kreatif, hias kelas bagi ceria, fikir aktiviti yang best supaya murid teruja nak datang sekolah.

Dulu, fokus utama cikgu memang mengajar.

Sekarang?

Ramai cikgu datang sekolah dalam keadaan stress. Kerja menimbun. Banyak masa habis dekat “kerja-kerja kerani”, isi data, fail, laporan, eviden, semakan, dokumentasi dan macam-macam lagi. Kadang-kadang rasa mengajar tu tinggal sebahagian kecil saja daripada tugas sebenar seorang guru.

PPD nak data.

JPN nak semakan.

Fail kena lengkap.

Dokumen kena cantik.

Sampai ada masa, cikgu terlalu penat nak pastikan semuanya siap… sedangkan dalam hati, yang paling penting sebenarnya ialah murid faham dan seronok belajar.

BBM pula makin kurang dibuat bukan sebab cikgu malas, tapi sebab masa dan tenaga dah habis dekat benda lain. Nak fokus penuh pada PdP pun kadang-kadang tak sempat. Mengajar jadi macam “cukup syarat” untuk habiskan jadual harian, bukan lagi ruang untuk mendidik dengan jiwa seperti dulu.

Sebab tu sekarang ramai cikgu hilang semangat.

Ramai mohon pencen awal.

Ramai burnout dalam diam.

Sedih sebenarnya bila profesion yang dulunya sangat dihormati dan penuh nilai mendidik, perlahan-lahan jadi terlalu sarat dengan tekanan dan beban kerja yang tak ada penghujung.

Kadang-kadang kita tertanya…

Kalau sistem dulu lebih memberi ruang kepada guru untuk fokus mengajar dan membina hubungan dengan murid, bukankah itu lebih baik untuk pendidikan?

Sebab akhirnya, murid tak ingat pun fail kita lengkap atau tak.

Murid akan ingat cikgu yang buat mereka rasa seronok belajar. ❤️

Sumber penulisan : FB


Di atas ini langkah mengurangkan beban yang dikeluarkan beberapa tahun lepas. Seperti ada yang masih diteruskan seperti sambutan2/majlis tetap berjalan. Fuhh mencabar sungguh.


Catat Ulasan

0 Ulasan