Tak perlu tampal roadtax kereta lagi

Isuu baharuu dan ini mungkin memudahkan sedikit.

Tidak perlu tampal roadtax lagi. Roadtax apa? Roadtax pada cermin kereta lah. Anda hanya tunjuk bila diminta.

Tak perlu tampal roadtax lagi.

Pencerahan kepada soalan-soalan yang sering ditanya;

1) Adakah wajib untuk download apps "MyJPJ"?

Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu. 

2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax,  adakah saya akan disaman?

Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.

3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?

Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.

4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?

Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.

5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?

Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan...pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.

6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?

Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi masa ni.

Kot mana pun roadtax tetap perlu dibayar. Bukan FREE. Cuma tak perlu tampal jerr. Tak mansuh pun. Jgn keliru rakyat. Kena faham dengan  jelas..

Okay harap membantu.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. this is a new info for me like serious laa? hehehe. thank u anywayyy

    BalasPadam
  2. Kita install semalam terus dapat dah dalam sistemnya. Tapi, tak nak la cabut road tax kat cermin tu, biar aje.

    BalasPadam