Peringatan kepada ibu bapa mendidik anak

Senang je mak ayah nak rosakkan anak sebenarnya

1. Nak anak biadap?

- selalulah berkasar dengan dia

2. Nak anak memberontak?

- cuba halang dan sekat segala kemahuan dia secara melampau

3. Nak anak pemalas?

- jangan bagi langsung anak tolong kita

4. Nak anak jadi raja?

- tunaikan je semua kemahuan dia

5. Nak anak jadi pembuli?

- rendahkan dan malukan dia setiap masa sambil berkasar dengan ahli keluarga

6. Nak anak keras hati?

- marah dan tengking dia setiap hari

7. Nak anak hilang hormat?

- maki dan herdik dia setiap hari

8. Nak anak rosak akhlak?

- cari je kejiranan dan rakan sebaya yang rosak untuk dia

9. Nak badan dan otak anak jadi rosak?

- bagi je anak beli jajan setiap masa

10. Nak anak susah kawal emosi, susah fokus belajar dan susah bahagia?

- bagi je henfon dan gajet setiap masa

Semoga anak-anakku membesar dengan sihat, terang hati, soleh solehah dan berjaya dunia akhirat. Ameen.


kredit: Taufik Razif

Catat Ulasan

3 Ulasan