Tazkirah ringkas Jumaat kehidupan yang sementara

Kehidupan di dunia hanya sementara dan hanya persinggahan. Kita tidak akan selamanya berada di atas dunia. Namun seiring dengan berputarnya waktu yang panjang terkadang membuat manusia lupa akan hakikat  kehidupan yang  sebenarnya.

Kehidupan manusia di dunia ini pun tak lama, hanya lingkungan umur 60-70 tahun sahaja, kemudian kita semua akan mati dan ruh kita akan berpindah ke alam barzakh dan seterusnya menuju Allah, hingga kita sampai pada hari akhirat  nanti.

Kehidupan ibarat perlumbaan, siapa berlumpa mengejar kebaikan pasti akan mencapai kejayaan dunia akhirat


Seorang ulama’ mursyid bermadah:“Masa itu adalah umur kita, kalau kita tidak mengisi masa dengan sebaik-baiknya bererti kita telah mensia-siakan umur kita”.

Apabila Allah anugerah kepada kita umur yang panjang ia merupakan satu kelebihan yang mesti dimanafaatkan.

Manfaatlah umur sebelum sakaratul maut menjemput.

Umur panjang dan diberkati...

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي يَعْقُوبَ الْكِرْمَانِيُّ، حَدَّثَنَا حَسَّانُ، حَدَّثَنَا يُونُسُ، قَالَ مُحَمَّدٌ هُوَ الزُّهْرِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ” مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ ” 

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abi Ya’qub Al-Kirmaniy: Telah menceritakan kepada kami Hassan: Telah menceritakan kepada kami Yunus: Telah berkata Muhammad ia adalah Az-Zuhriy dari Anas bin Malik RA, ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:“Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim”.(Sahih Al-Bukhari)

Sehari umur bertambah sehari kematian menghampiri kita.

Umur panjang sampai saat sekarang tetapi tak kenal siapa yang memberi kita umur pun tak berkat juga.

Sikap panjang angan-angan akan membuat seseorang malas beramal.

Mereka yang berangan panjang mengira hidup dan umur mereka akan panjang sehingga menunda-nunda dalam beramal soleh.

Ketahuilah bahawa umur panjang itu akan menjadi saksi, maka berlindunglah kepada Allah agar umur kita yang panjang itu tidak menyebabkan kita tercela.

"Umur itu terlalu pendek untuk mempelajari segala hal yang baik untuk dipelajari. 

Akan tetapi, pelajarilah ilmu yang paling penting, kemudian yang penting dan begitulah seterusnya secara berurutan."(Ali bin Abi Talib RA)

وَلَتَجِدَنَّهُمْ اَحْرَصَ النَّاسِ عَلٰى حَيٰوةٍ    ۛ   وَ مِنَ الَّذِيْنَ اَشْرَكُوْا   ۛ   يَوَدُّ اَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ اَ لْفَ سَنَةٍ ۚ  وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهٖ مِنَ الْعَذَابِ اَنْ يُّعَمَّرَ  ؕ  وَاللّٰهُ بَصِيْرٌۢ بِمَا يَعْمَلُوْنَ 

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan."(Al-Baqarah: 96)


عن أبي صفوان عبد الله بن بشر الأسلمي - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (خير الناس مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ)

Dari Abi Safwan Abdullah bin Baysar Al Aslami, radhiyallahu 'anhu berkata ia, Rasulullah SAW bersabda:"Sebaik-baik manusia ialah seorang yang panjang umurnya dan elok amalannya".(Hadith Riwayat Ath-Tirmidzi)

Justeru, wahai sahabat yakni saudaraku yang beriman lagi dimuliakan hargai umurmu sehingga sedutan dan hembusan nafas yang terakhir... barakallahuminalakum

*تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك*

*ُبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.*

*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ*

*اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.*

*Ya اَللّهُ , Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU...Kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami..! Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar....*

*اَللّٰهُمَّ اِنَّانَسْئَلُكَ سَلَامَةًفِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةًفِى الْجَسَدِوَزِيَادَةًفِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةًفِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةَقَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةًعِنْدَالْمَوْتِ وَمَغْفِرَةًبَعْدَالْمَوْتِ،اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَنَجَاةًمِنَ النَّارِوَالْعَفْوَعِنْدَالْحِسَابِ*

*Ya اَللّهُ ...Ya Ghaffar...!  Ampunkanlah dosa-dosa kami.... dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru2 kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.......*

*Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya...!*

*Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin".*

*رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ,*

*رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.*

*وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَىءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم,َ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.* *أٰمِيْنَ ...أٰمِيْنَ ...يَارَبَّ العَـــالَمِيْن,*

*جزك الله خيرا كثيرا.*

*وَعَلَيْكُمْ السَّلامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.*...

Catat Ulasan

0 Ulasan