Sejarah bola sepak Malaysia ke Piala Asia

Tahniah kepada Harimau Malaya kerana layak ke Piala Asia 2023 di China. Kali terakhir Malaysia layak secara merit adalah pada tahun 1980 di Kuwait. Masa tu jumlah pasukan yg bertanding cuma 10 pasukan sahaja termasuk tuan rumah Kuwait dan Juara bertahan Iran. 



Sekarang jumlah pasukan telah bertambah sebanyak 24 pasukan sebab pertambahan byk negara selepas perpecahan Soviet Union pada dekat 90an dulu. Tahun 1980 jugak pasukan Malaysia layak ke Sukan Olimpik selepas menewaskan Korea Selatan tapi tak pergi sebab kita telah memboikot Sukan Olimpik di Moscow kerana membantah Soviet atas penaklukan mereka di Afghanistan.

Skuad Piala Asia 1980. 

GK Ong Yu Tiang, Peter Rajah

DF Jamal Nasir, Wan Jamak, D. Davendran, Yahya Jusoh, Kamaruddin Abdullah, Nik Fauzi, Soh Chin Aun, Bakri Ibni, 

MF Shukor Salleh,  S. Pusphanathan,  G. Torairaju, Abdah Alif

FW Ramli Junit, Tukamin Bahari, Zulkifli Hamzah

Jurulatih: Mohamed Che Su

Ramai pemain yg bermain di Kelayakan Olimpik tidak menyertai skuad kali ni sbb masaalah kecederaan seperti R.Arumugam,  Hamid Ramli dan  Santokh Singah. Striker handalan James Wong,  Hassan Sani dan Khalid Ali pun tak de atas sebab2 yg tidak diketahui sementara legenda Moktar Dahari dah umum persaraan. Jurulatih Karl Weigang pun berehat sementara sbb masaalah kesihatan dan diganti oleh Mohamed Che Su. 

Kita diletak dalam kumpulan B bersama Korea Selatan, Kuwait, UAE Dan Qatar. Kita seri dgn Korea 1-1, tewas dgn Kuwait 1-3, menang dgn UAE 2-0 dan seri dengan Qatar 1-1. Kita berada dikedudukan ke-3 dlm kumpulan B dan terlepas ke peringkat Separuh Akhir.

Pemain paling menyerlah sekali adalah pemain dari Johor Tukamin Bahari juga Zulkifli Hamzah dan Abdah Alif dari Terengganu juga G.Torairaju dari Melaka. Tukamin merupakan supersub dan menjaringkan 1 gol pada game menentang UAE dan Qatar. Teringat pengulas masa live TV1 mengatakan Tukamin merupakan pemain paling kecil di padang tapi berjaya menjaringkan gol menggunakan kepala masa game menentang UAE rasanya. Sementara Zulkifli Hamzah berjaya menjaringkan gol penyamaan minit 90 ketika menentang Korea. 

Ada beberapa pemain Skuad Piala Asia 1980 yg telah meninggalkan kita. Bekas pemain yang masih ada mungkin sudah berumur 70 tahun ke atas. Mungkin kejayaan mereka tidak sehebat Skuad Olimpik 1972 Munich dan 1980 Moscow atau Skuad Sukan Asia Tehran 1974 yg membawa balik gangsa tapi ini lah kejayaan Terbaik Malaysia ke Piala Asia yg akan cuba dipecahkan oleh Skuad Piala Asia 2023.

Catat Ulasan

2 Ulasan