Biasa kita dengar orang kampung lebih sihat dan cergas berbanding orang bandar. Orang kampung amalan hariannya lebih sihat berbanding orang bandar.
Ini antara perkara yang orang kampung selalu amalkan iaitu kadangkala berjalan berkaki ayam. Ada masa2 tak perlu pakai selipar contohnya masa main bola di padang, ada setengah org lebih selesa tak pakai kasut.
Ia dinamakan teknik grounding.
Kebaikan teknik grounding, berjalan kaki ayam atas rumput.
Biasanya kita pakai selipar atau kasut bila nak keluar rumah. Sepatutnya kita tanggalkan selipar atau kasut dan berjalan kaki ayam. Tau tak kenapa?
Untuk "grounding" diri kita. Deria rasa semasa kita memijak tu mampu merangsang hormon positif dalam tubuh kita.
"Grounding" ialah teknik memijak tanah tanpa sebarang alas, dengan kata lain berkaki ayam. Tanah yang kita pijak tu boleh jadi rumput, pasir, kayu, batu atau tanah liat.
Kenapa perlu "grounding"?
"Grounding" adalah satu amalan untuk kesihatan fizikal, emosi dan mental. Jasad manusia terdiri daripada unsur tanah. Sesekali kita hendaklah kembali berpijak di bumi yang nyata.
Tambahan zaman sekarang ni kita kurang berpijak ke tanah. Keluar rumah awal pagi dan balik ke rumah pulak dah malam. Tubuh kita kurang terdedah kepada alam semulajadi.
Badan kita secara semulajadi berada dalam keadaan 'negative ionised state'. Perasan tak, kita ni sentiasa dikelilingi oleh teknologi yang mempunyai gelombang elektro magnetik (EMF), yang mempengaruhi tenaga kita sehingga kita mempunyai banyak ion positif yang terkumpul dalam tubuh sepanjang hari.
Salah satu cara paling mudah untuk seimbangkan tenaga kita adalah di luar rumah yang mana terdapat banyak ion negatif. Di muka bumi ni terdapat banyak ion negatif. Oleh itu, bila kita kembali ke alam semulajadi kita dapat mengimbangkan badan kita secara semulajadi.
Jika kita kurang "grounded" (berpijak di bumi yang nyata), kita akan jadi kurang waras, banyak mengelamun, kerja tak jalan, matlamat hidup kurang jelas, target ke laut dan cenderung buat perkara bukan-bukan kerana fikiran tidak selaras dengan jasad. Banyak manfaat grounding ni. Kalau ada rasa biol, weng sikit-sikit tu, rasa terawang, lost, cuba la aktiviti back to nature ni.
Antara kelebihan berkaki ayam atau ‘earthing’ semasa berjalan.
1. Menjaga kesihatan kaki.
Bagus untuk meregangkan dan menguatkan otot-otot, tendon dan ligamen di bahagian pergelangan kaki dan betis. Menjaga postur tubuh agar tetap tegak dan mengurangkan risiko kapalan (callus) dan kekakuan pada tapak kaki.
2. Meningkatkan elektron dalam tubuh.
Berjalan kaki di atas rumput tanpa alas memudahkan elektron yang berada di permukaan bumi dipindahkan ke dalam tubuh kita. Ini akan meningkatkan perubahan fisiologis yang menarik. Elektron ini mempunyai efek antioksidan yang membantu melawan stress oksidatif yang berkait dengan peradangan dan penyakit.
3. Menguatkan sistem imunisasi.
Berjalan kaki tanpa kasut sebenarnya dapat menurunkan jumlah sel darah putih dan meningkatkan jumlah sel darah merah. Ini menunjukkan tindak balas imunisasi yang positif.
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Mengelakkan daripada terjadinya pembekuan darah pada sel darah merah yang menjadi faktor utama penyakit jantung.
5. Tidur malam bertambah baik.
Orang yang mengalami masalah tidur akan lebih baik jika melakukan teknik ini. ‘Barefoot’ dipercayai dapat menstabilkan pengaliran tekanan darah pada kaki dan seterusnya akan membuatkan seseorang untuk tidur dengan baik.
6. Mengurangkan stress.
Kombinasi udara segar, suasana pagi, pemandangan hijau dan sinar matahari banyak memberikan manfaat kepada kesihatan. Oksigen baik untuk organ tubuh badan kita. Sinar matahari memberikan vitamin D. Suasana yang nyaman mampu mempengaruhi pemikiran kita, seterusnya kita akan berasa tenang.
7. Menajamkan penglihatan.
Berjalan di atas rumput memberikan tekanan maksimum pada jari pertama, kedua dan ketiga merupakan titik tekanan refleksologi utama untuk mata. Dengan merangsang titik-titik ini, akan membantu meningkatkan penglihatan. Selain itu, warna hijau rumput dapat membantu menenangkan mata.
Semoga bermanfaat.
Catat Ulasan
4 Ulasan
Seronok kalau dapat jalan kat rumput awal pagi. Basah embun.
BalasPadamthanks for sharing. lama tak buat ni. ok esok pagi-pagi nak cari rumput
BalasPadamKena cari kawasan yang elok. Risau terpijak duri atau kaca.
BalasPadamkalau kat kampung best jugak jalan kaki ayam gini... sebab ada rumput merata kalau kat bandar di taman-taman kalau kasut ke selipar tak di perati mahu lesap ehehehe
BalasPadam