Betul ke puasa sebulan raya pun sebulan??

Ada ni haa walaupun makin jarang update blog sekarang.  Ni, tengah kipas lemang untuk sambutan raya hari raya dalam Syawal yang masih berbaki.

Selalu kita dengar puasa sebulan, raya pun sebulan betul ke? Sebab ada orang sebut raya pertama, kedua, ke sebelas, ke lima belas dan seterusnya. Betul ke?

Jawapannya salah! Raya hanya ada 1 hari sahaja iaitu pada 1 Syawal. Pada 1 Syawal itu kita dilarang puasa, haram hukumnya. Kita disuruh bergembira, beraya, berbaju baru, bermaafan dsbnya. Kita juga tak boleh sedih2, jangan dipasang lagu atau cerita sedih. Raya ni untuk bergembira.

Itu lah dia raya 1 Syawal. Kalau 2 Syawal tu bukan raya dah, ia cuma bernama 2 Syawal dan seterusnya. Namun, tak salah untuk kita feeling2 raya pada hari selepas 1 Syawal itu.

Tidak ada apa-apa masalah pun sebenarnya. Cuma sambutan sahaja diteruskan dengan berkonsepkan raya.

Nanti cakap lebih-lebih orang label kita bawa ajaran salah pula hahah. Raya cuma 1 hari sahaja iaitu 1 Syawal :)

Selamat hari raya aidilfitri, gayu guru gerai nyamai, kotobian tadau tagazo do kaamatan kepada yang menyambutnya.

Dekat je raya kita kali ini dengan raya bagi rakan di Sabah Sarawak.

Raya background gabungan Raya Aidilfitri dan Gawai yang bakal tiba. Proud to be Malaysian, unity in diversity.



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Sy rasalahkan, orang kita ni terpengaruh dengan lagu raya nyanyian Azlina Aziz.. antara liriknya...

    'Teruskan amalan desa di kota
    Kunjungi jiran di hari raya
    Kesibukan kerja bukannya alasan
    Kita beraya selama sebulan'

    lagu ni tahun 80-an kan.. tu yg jadinya orang raya sebulan, hahaha

    BalasPadam
  2. kita rakyat malaysia ni mcm dah terbiasa raya sebulan. hehe.

    BalasPadam