Bazar Ramadhan dan Pekan Sari paling besar di Malaysia terletak di Temerloh

Sebagai seorang yang berasal dari Temerloh, rasa bangga juga apabila bazar Ramadhan yang merupakan tapak pekan sari/ pekan sehari yang diadakan setiap hari Ahad di sini dikatakan antara yang terbesar dan terpanjang di Malaysia.

Memang sejak saya dari kecik2 dulu suka sangat datang ke pekan sari Temerloh ni setiap hari Ahad. Macam-macam ada dijual disini seperti hasil tani, lauk pauk, kuih muih, mainan kanak-kanak, pakaian, ayam hidup, arnab hidup, ikan-ikan laut dan sungai dan eh! macam-macam lagilah yang rare dan special di sini.

Kalau datang ke Pekan Sari Temerloh ni elok la datang awal tak panas sangat dan kena bawa bakul sendiri sebab senang nak bawa barang.

Boleh dikatakan kalau setiap Ahad kalau tak datang ke sini memang tak lengkap hari Ahad tu. 

Sedikit perkara menarik berkenaan Pekan Sari Temerloh :

- Pekan sari tertua di Pahang
- Pekan sari terpanjang dan terbesar di Malaysia
- Lokasi yang strategik laluan antara Kuantam dan Kuala Lumpur
- Terletak bersebelahan sungai Pahang
- Tapak pekan sari adalah tapak bazar ketika bulan Ramadhan

Antara benda yang saya suka beli di pekan sari Temerloh ni adalah ayam goreng dan murtabak Pak Lan Temerloh. Memang sedakk (sedap) sangat lah.

Makin cantik tugu Pekan Sari Temerloh



Gambar kemeriahan di Pekan Sari Temerloh. Lihatlah lautan manusia...

Kalau nak cari ikan patin fresh pun ada dijual di sini. Pilih aje yang mana idaman hati, nak pilih ikan patin yang harga mahal pun ada.

Jom saya belanja video lihat betapa meriahnya suasana di Pekan Sari Temerloh!

 

Sambil berjalan di pekan sari, boleh lepak santai minum2 di kedai sebelah sambil lihat keindahan sungai Pahang di Temerloh ni.

Dan jika bulan Ramadhan, di tapak pekan sari ni la juga akan jadi tapak bazar Ramadhan. Macam-macam menu ada waktu bulan puasa sampai rambang mata nak beli.

Kalau nak berjalan dari hujung ke hujung tu memang penat. Kalau malas dan tak larat nak jalan, kena tulis dan prepare dulu nak beli apa kalau tak penat juga nak berjalan.

Teringat la pula menu macam ayam percik, ayam golek, murtabak special masa bulan puasa ni.

Moh la ke bazar Ramadhan Temerloh. 

Tak lama lagi jambatan ketiga Temerloh nak siap dah, harap kesesakan jalan di Temerloh dapat diatasi.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Nanti lepas raya, nak ajak la Pak Inche jalan2 ke Temerloh. Boleh tak Cikgu Zim cadangkan hotel yang okay di sana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cadangkan tinggal di hotel seri malaysia temerloh..agak popular dan sedap katanya menu di situ...kedudukan pun strategik dkt bandar dan kemudahan lain :)

      Padam
  2. Lama dah tak pergi pekan sari. Dulu-dulu pergi pekan sari memang aktiviti wajib pada hari ahad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah jdi aktiviti wajib mingguan jln2 ke pekan sari mase dulu2

      Padam
  3. Ya Allah rindunya nak pergi Pekan Sari Temerloh. Datang situ confirm rambang mata. Saya duduk Felda Sebertak jadi balik kampung lalu situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org phg juga ya..tak jauh dh tu dgn temerloh

      Padam
  4. Adik ipar PC duduk Pahang.. Salah satu tempat yang dianggap suka pergi sinilah.

    BalasPadam
  5. dah hampir 30 thn x ke Temerloh sbb jika nak ke KL memang x lalu di situ. Kalau Raub n Bentong tu memang lalu la.

    BalasPadam