Selesai bayar saman trafik dengan diskaun 50%

Selesai bayar saman trafik, tak sangka bila cek dalam web ada 6 saman dari beberapa tahun sebelum ni. Adoii..

So bila dengar ada diskaun saman waktu ni kita pergi bayar je lah. Ada diskaun untuk saman trafik hingga 14hb Disember 2021 ni iaitu diskaun sebanyak 50%. Kira banyak juga tu.

Sebelum ni pernah dengar ada diskaun saman trafik sampai 90% tapi waktu tu belum tergerak hati nak cek ada saman ke tak hahaha.

Dapat diskaun sampai 50% peratus tu kira okey syukur dah.

Memang tak sangka ada 6 saman. Semuanya di tempat yang sama dengan halaju lebih sedikit je dari yang ditetapkan iaitu 70km/j!

Waktu hujung tahun dan awal tahun biasanya ada diskaun untuk saman2 trafik dan lalu lintas ni.

Kira 'ikhlas' niat bayar saman ni bagi sumbangan untuk pembangunan negara je lah.

Apa jadi kalau tak bayar saman trafik? Kalau banyak sangat saman nanti akan sukarkan proses untuk renew roadtax/insuran so bayar sajalah.

Cara nak cek saman PDRM, JPJ, AES secara online dan sms boleh pergi ke link laman web yang berkaitan seperti di bawah.

Pautan :
SSO : https://sso.rmp.gov.my/

MyEg : https://www.myeg.com.my/

Portal rasmi JPJ : http://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman

Rilek : https://www.rilek.com.my/users/login/rmp/summons-inquiry

Boleh tengok video tutorial cara cek saman secara online dan SMS:

 

Video ni dah setahun. Sendiri yang buat video tutorial cek saman online tapi saya sendiri tak pernah cek..🤭

Jom lah kita bayar saman trafik hari ini untuk elak dari disenaraihitamkan.

Oh ya, untuk bayar saman yang ada diskaun ini tak boleh bayar secara online ya tetapi anda perlu ke bayar di kaunter balai polis berdekatan.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Tahniah, banyak tu pengurangan kalau 50%

    BalasPadam
  2. alamak, kena check jugak ni. walaupun jaran driving tapi manalah tau kan

    BalasPadam