Santai & Hiburan
Nasi goreng kayangan harga 3 angka
Sebelum ni kita dengar ikan siakap kayangan, lepas tu sotong kayangan dengan harga tinggi atau gelarannya harga kayangan.
Haa sekarang ni saya nak tunjuk nasi goreng kayangan iaitu nasi goreng 3 hidangan dengan harga 3 angka.
Wow mahal tu, kat mana pula berlaku ni?
Biasa harga standard nasi goreng tak kisah nasi goreng nama apa harga 1 hidangan lebih kurang rm5-10 gitu. 3 hidangan baru tak sampai 2 angka iaitu rm40+ Kali ni kena 3 angka pula ya.
Haaa inilah dia nasi goreng 3 hidangan, ada tambahan sikit buah dan kentang, harganya 3 angka.
Percaya ke tidak?
Ye betul dan ini bukanlah harga yang perlu viral sebab harga ni memang harga standard kalau kita order makanan samada lunch atau dinner untuk di hantar ke bilik di hotel.
Mana-mana hotel pun memang macam ni. Harganya lebih beberapa kali ganda dari harga standard di kedai. 😁
Bukan tak sayang duit tapi bila duduk di hotel rasa sesekali malas nak keluar cari makan rasa lebih senang lepak di bilik je dan order sahaja makanan room servis.
Kita dah bayar hotel rasa rugi la pula bila banyak keluar dari bilik. Duduk di bilik hotel nak rehat2 dan rileks saja.
Orang tua2 kata kalau nak makan jangan kedekut sangat dengan diri sendiri.
Lagipun bukan selalu makan macam ni kan.
Eh2 jangan viral tau.
Nasi goreng ni jangan viral sebab memang harga standard hotel.
Sudah ada paparan senarai harga pada menu dan saya sebagai pembeli dah setuju dengan harga sebanyak itu lainlah bila dah makan kemudian baru tahu harganya.
Sesekali 😅😁


Catat Ulasan
7 Ulasan
Sesekali order room service, tutup mata jer ngan harga kayangannya, hihi.
BalasPadamMakan hotel memang camtu. Chef berbintang-bintang masak memang sedap.
BalasPadambagi orang beruang (berduit) memang takde masalah
BalasPadamKadang-kadang risau memikirkan harga makanan naik merata-rata
BalasPadamsesekali ngoder apa salahnya kan
BalasPadamperkara biasa la..
BalasPadamkalau nak murah masak sendiri
soal sedap juga subjektif
memang mahal,nak merasa sesekali tak apalah,benda sama sahaja cuma tambah perkataan hotel dah jadi harga lain..
BalasPadam