Main tali skipping
Masa kanak kanak dulu, memang ligat nak main tali skipping, setelah lama di tinggalkan dan tidak lagi menjadi rutin, ia mungkin agak mencabar untuk kembali melompat.
Apa yang hebat mengenai aktiviti melompat tali ni, ia menggerakkan banyak otot SERENTAK dan menguatkan sendi sendi tulang.
Selain melatih kekuatan otot, aktiviti lompat tali skipping ni juga merangsang koordinasi iaitu keseimbangan tubuh.
Tidak perlu bayar yuran gimnasium, tali skipping pun tak mahal, tahan lama dan paling penting ia boleh dilakukan dimana mana.
Memang rugi kalau anda buat aktiviti mudah ini terutama jika bercita cita untuk menurunkan berat badan.
Masa PKP 1.0 waktu tak boleh keluar joging, memang ni la aktiviti saya 3-4 kali dalam seminggu. Berat badan dan peratusan lemak badan pun terkawal bila buat aktiviti ni.
Ini beberapa kelebihan aktiviti main tali skipping.
- Meningkatkan kordinasi tubuh.
- Menguatkan otot² kaki
- Membakar lemak² kalori/tepu seluruh tubuh.
- Meningkatkan ketumpatan tulang.
- Meningkatkan kecekapan bernafas.
- Meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
- Meningkatkan kesihatan mental.
- Boleh menggantikan joging.
- Banyak jimatkan masa.
Kita tak perlu melompat laju nanti heart rate naik mendadak & cepat penat. Just santai & enjoy sahaja.
Cuba targetkan masa melompat bukan jumlah lompatan pasti enjoy.
Sebab bila kita target jumlah lompatan kita akan melompat secara nak cepat sampai target kita so jadi kurang enjoy disitu.. 🤭
Mana² cara sekali pun tiada kesalahan.. 👌🏼
Janji melompat tali lepas kaki.. 😊
Selamat melompat geng..
Yg penting kite enjoyyy! 💪🏽😊
Catat Ulasan
4 Ulasan
Main tali skipping jugak. Tapi tak boleh buat lelebih. Sakit kaki sebab gemoks. Ha3😂
BalasPadamadeh...krem terus lutut... makcik gumuk
BalasPadamAwal2 cuba haritu menangis betis... Skrg alhamdulillah.
BalasPadamCantik jam tu
BalasPadam