Ikan siakap 3 rasa Langkawi harga mahal
Tak taulah mana yg betul.... mangsa dan peniaga ada penjelasan masing2.
Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor.
Dulu pernah tular ikan patin harga beratus-ratus ringgit.
Tapi bila dah makan, kena la bayar kan 😀😀😄
PETALING JAYA- Secara kebiasaannya harga perlu dibayar seseorang pelanggan apabila menikmati seekor ikan siakap di kedai tomyam ialah sekitar RM50 seekor dengan saiz hidangan sesuai dimakan untuk empat orang.
Bagaimanapun, berbeza dengan nasib dialami sekumpulan individu apabila mereka terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram (kg) di salah sebuah restoran dekat Langkawi, Kedah baru-baru ini.
Menerusi perkongsian Mohd. Faris Zulkarnain di Facebook miliknya, mereka terdiri daripada tujuh individu juga terpaksa membayar bil keseluruhan sebanyak RM1,852.50 dan jumlah itu termasuk dengan harga ikan berkenaan.
“Selepas mengelilingi beberapa pulau di Langkawi, kami dibawa ke salah sebuah restoran untuk makan tengah hari, seperti kebiasaan kami memesan menu yang biasa ditempah di mana-mana kedai tomyam.
“Secara kebiasaan, untuk tujuh orang makan, dua ekor siakap sudah memadai, maka kami pun tempah dua ekor ikan untuk tujuh orang makan berserta menu-menu yang lain,” tulisnya.
Katanya lagi, salah seorang pelayan kedai itu datang bagi mengesahkan saiz ikan dan selepas diberitahu mereka bersetuju untuk mengambil seekor ikan sahaja berdasarkan anggaran saiz yang ditunjukkan.
“Saiz yang ditunjukkan itu hanya besar sedikit daripada ikan yang kita biasa makan di kedai tomyam. Namun, apabila ikan itu sampai kami berasa terkejut kerana ia dapat diisi didalam pinggan besar.
“Kami pun cakap, ini bukan untuk tujuh orang makan, tetapi mungkin untuk 30 orang makan. Masa itu, jangkaan harga yang perlu dibayar ialah sekitar RM700 hingga RM800 sahaja namun meleset apabila harganya mencecah RM1852.50,” jelasnya.
Antara menu yang diambil mereka ialah ikan siakap (RM1,196), sotong sekilogram (RM120), ketam (RM87.20) dan udang (RM200).
Difahamkan, beberapa individu lain juga terpaksa membayar harga mahal antaranya RM755 bagi dua orang makan selain satu lagi pelanggan membayar harga RM800.
Perkongsian lelaki itu mendapat perhatian netizen apabila ia dikongsi lebih 6,300 pengguna serta mendapat lebih 4,300 komen.
Sumber : K! ONLINE
Sebab itu kalau jalan ke mana-mana dan nak makan, kena tanya harga dulu. Peniaga ni memang kenal sangat orang luar, memang cas lebih la.
Berita ni menyebabkan ikan siakap popular dan laku kat pasar time ni. Bukan mahal sangat harga ikan siakap mentah di pasar saya beli biasa 2 ekor sedang2 saiznya dalam rm30.
Tapi dah makan kena bayar tau!
Catat Ulasan
8 Ulasan
Kann. Setiap kedai tak sama harga dan pesennya.
BalasPadamlain kali nak makan maggi di dlm bilik hotel je la.
BalasPadamkan, penting tanya dulu. dan orang kedai pun, berpadalah caj harga
BalasPadamMak aihhhh...mahalnya😅. Kat Tesco siakap baru RM7-RM10 sekor. Memang harga cekik darah 🤣.
BalasPadamLepas ni sebelum order check harga dulu. Biarlah nampak cam orang takde duit dari kena surprise macam ni
BalasPadamkalau RM2000 dan dibahagi 7 orang bayar tidak la berat iaitu sekitar RM300 seorang hehehe
BalasPadamtak akan makan ramai-ramai tapi bayar sorang-sorang
memang terkejut masa dapat tau berita viral ni. macam2 lah hai
BalasPadamKalau pergi pulau mmg harga seafood mahal Maka betjaga2 la
BalasPadam