Beli blood pressure monitor dan oximeter di Shopee

Yang ditunggu dah tiba iaitu blood pressure monitor @ alat periksa tekanan darah dan oximeter. Sekarang ni kena cek kesihatan betul-betul maklum la dengan gaya hidup, pemakanan, persekitaran yang macam sekarang ni.

Walaupun ada smartwatch yang boleh cek oksigen dalam darah macam oximeter tapi oximeter ni kena ada juga sekarang ni. Harga pun cuma RM28 sahaja. Memang berbaloi beli.

Hari tu memang dah beli dah alat periksa tekanan darah ni tapi yang harga tak sampai RM50 pun, lepas tu ada baca elok pakai yang jenama bagus dan ada clinically certificate iaitu diakui tepat oleh doktor antaranya jenama seperti Omron dan Rossmax.

Jadi saya pilih jenama Rossmax dengan harga RM150 lebih ni. Bila cek dan bandingkan dengan harga yang murah sikit memang ada beza bacaannya. 

Guna blood pressure monitor harga murah tekanan darah sentiasa normal bila cek dengan Rossmax ni ada naik sikit jadi bacaan Rossmax ni boleh dikatakan lebih tepat.

BP blood pressure malam kelmarin

BP pagi semalam

Antara kelebihan alat periksan tekanan darah Rossmax ni :

- Boleh sambung terus guna plug elektrik tak perlu pakai bateri pun boleh.
- Bacaan tepat dan diakui doktor.
- Ada pengesan pergerakan dan pemasangan jika kita bergerak dan ikatan tak kemas ketika cek.
- Mengesan degupan jantung yang tak stabil.
- Mengesan darah tinggi.

Kenapa kena cek tekanan darah selalu?

Seperti mana yang kita tahu penyakit darah tinggi ni adalah penyakit senyap yang kadang kala ada antara kita tak rasa apapun bila mengidapnya.

Darah tinggi ni tak semestinya pening2 kepala selalu tapi bila cek tekanan darah jadi tinggi. Ia ibarat bom jangka kerana bila tekanan darah naik dengan lama tanpa ada pemantauan ia boleh membawa kepada penyakit lain seperti sakit jantung, ginjal, hati, buah pinggang dll.

Carta tekanan darah tinggi. Nampaknya saya ada sikit tekanan darah nak pergi ke normal tinggi walaupun kerap bersenam dan berlari. Kena buat sesuatu ni.

Sebab tu kalau orang kena darah tinggi perlu makan ubat untuk stabilkan darah tapi malangnya kalau dah sekali makan ubat akan berterusan bergantung pada ubat.

Kalau boleh elakkan kena makan ubat sebab ubat tu akan ada kesan sampingan yang lain juga.

Apa nak buat bila tekanan darah agak tinggi?

- Antaranya kena relaks, jangan fikirkan sangat masalah.
- Elak makan makanan berproses dan tinggi garam.
- Kena bersenam selalu biar peluh banyak keluar.
- Tidur awal untuk dapatkan rehat yang cukup.
- Kena selalu ceria dan berfikiran positif.
- Dapatkan berat badan ideal.

Ini antara yang boleh kita buat supaya tekanan darah selalu terkawal selain dari makan ubat darah tinggi.

Cara cek tekanan darah dengan betul.

- Kena duduk dengan tegak.
-Pakai sarung tu dengan sedang2 jangan ketat jangan longgar sangat.
- Salur wayar tu berada betul2 pada pelipat tangan.
- Relaks dulu dalam 5 minit tarik dan hembus nafas
- Jangan bercakap masa cek.

Waktu bila sesuai cek tekanan darah?

Cek waktu pagi. Waktu pagi bukan bermaksud bangun tidur terus cek tapi bangun mandi, bersiap apa semua then sebelum makan tu baru cek untuk dapatkan bacaan accurate.

Boleh juga cek sebelum berbuka puasa. Elakkan cek lepas bersenam, lepas minun kopi dan waktu lepas makan sebab bacaan tekanan darah akan tinggi sikit.

Bacaan tekanan darah saya di atas tu sedikit tinggi 132/80 mungkin sebab bacaan waktu malam selepas makan.

Boleh ke cek tekanan darah setiap hari?

Melalui bacaan di internet, boleh sahaja cek dengan kerap. Ambil 3 kali bacaan, ambil bacaan purata supaya dapat bacaan yang hampir tepat.

Kalau malas cek seminggu sekali pun ok.

Kalau anda nak beli boleh cek dalam link ni:

Rossmax X1 Blood Pressure monitor :


Omron Blood Pressure monitor : 


Oxymeter @ pemantau oksigen dalam darah :


Kesihatan adalah kekayaan. Selamat memantau tekanan darah dengan berkala. 

Tengok video di bawah cara cek dan periksa tekanan darah dengan betul :

 

Anda boleh belikan untuk diri anda dan juga keluarga, tak perlu nak pergi cek dengan berjumpa doktor. Kalau boleh waktu ni kita kena kurangkan masa berjumpa doktor dengan buat pemantauan kendiri.

Baru tadi cek tekanan darah keputusannya 135/75 terus tak jadi nak makan megi, hujan2 macam ni sedap makan megi tapi kena jaga sebab garam dalam megi tu tinggi 🤣

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. yeahhh, sdg mcari jg utk parents. bacaan sy stkt ni alhamdulillah normal

    BalasPadam
  2. Ammi pun patut beli juga. Ada alat check gula je

    BalasPadam
  3. beli mahal sikit, kalau jaga dengan baik Insha Allah tahan. Alat pengukur BP ni jarang mudah rosak

    BalasPadam