Tips larian dari Tengku Zafrul
Sekiranya anda peminat aktiviti berlari pastinya anda tahu bahawa menteri kewangan kita yang sekarang iaitu Tengku Zafrul gemarkan aktiviti berlari. Hampir setiap weekend beliau akan post aktiviti berlari di FB beliau.
Ini antara aktiviti sihat yang bagus dikongsi oleh orang yang dikenali seperti beliau kerana dapat mempromosikan aktiviti sihat.
Ini beberapa tips berlari dari Tengku Zafrul yang saya ambil dari FB beliau...
Sumber : FB Tengku Zafrul
Selamat pagi, Malaysia! Hari ni saya nak share tips untuk mereka yang gemar berlari. Waktu terbaik untuk larian adalah pada waktu pagi, dengan perut kosong. Jangan makan apa-apa tetapi minum air sekurang-kurangnya 500ml sebelum berlari supaya tak ‘dehydrated’.
Ini akan membantu membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Sejurus selepas habis berlari, penting untuk kita mengambil makanan atau minuman yang kaya dengan protein untuk membantu pemulihan otot. Saya gemarkan telur rebus atau protein shake.
Pagi ni saya mulakan larian lebih kurang pukul 6 pagi, selepas solat Subuh. I stopped to take a moment and appreciate the sunrise today, sampai lupa ambil gambar 🌅.
InsyaAllah, mentari yang menyinari hari ini akan membawa kekuatan baru buat diri dan jiwa kita semua. Yakinlah dengan kekuatan diri sendiri dan kemampuan kita sebagai sebuah keluarga yang mampu menyokong antara satu sama lain. Jangan sekali-kali putus asa! Happy Sunday!
Sumber : FB Tengku Zafrul
Catat Ulasan
3 Ulasan
Alamak, kalau sy, pace brp la agaknya, Cikgu Zim
BalasPadamsaya berlari jauh ni tak larat
BalasPadambagus betul YB ni sibuk mcm mn pun tetap ada masa utk berlari dan bersenam
BalasPadam