Amazfit T Rex Pro gift harijadi 😍

Alhamdulillah bertambah lagi umur saya semalam. Sambutan harijadi tahun ni sama macam tahun lepas kita sambut di rumah saja. Nak celebrate di kedai makan-makan di kedai belum boleh lagi bawak anak-anak kecik.

Thanks kepada isteri tersayang yang buat surprise birthday gift dengan kek dan bunga sekali termasuk hadiah jam tangan pintar/ fitness tracker Amazfit T-Rex Pro.


Simple jer kan 😍 Simpan sini sebagai kenangan. Thanks to fungsi blog archieve nanti senang nak cari.


Alhamdulillah atas segala rezki yang dikurniakan.


Macam tahu-tahu je jam fitness dah kena upgrade yang baru 💪

Jam ini merupakan antara jam fitness yang terbaik siri dari Amazfit ni. Mempunyai ketahanan yang tinggi dari segi kualiti, bateri dan fungsi yang banyak serta tepat. Malah ada ramai yang kata ia lebih baik dari Apple Watch.

Tiada apa yang dipinta sempena pertambahan umur ni melainkan agar panjang umur murah rezeki, sihat tubuh badan selalu, dipermudahkan segala urusan dalam kerjaya dan keluarga, dapat balik kampung, dapat hidup normal macam dulu-dulu. 

Aminkan, ya?

Kalau anda nak beli boleh beli dari official kedainya di sini : https://invol.co/cl5te7y

Ada masa nanti kita buat review tentang jam ni. 😀


Amazfit T Rex Pro gift harijadi 😍 Amazfit T Rex Pro gift harijadi 😍 Reviewed by cikguzim on 30.8.21 Rating: 5

4 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.