Kehausan dan derita si pemakai PPE

Bila lihat gambar ni, boleh bayangkan betapa teruk kehausan mereka akibat dehidrasi.

Semua orang ingat pakai PPE ini setakat panas dan berpeluh. Tapi sebenarnya dia ada tahap juga.


Saat ia disarungkan dah rasa lemas, jadi perlu kawal pernafasan. Nafas kena perlahan dan dalam. Sebabnya gas karbon dioksida mulai berkumpul dan parasnya dalam darah mulai naik.

Tak lama kemudian dah start berpeluh dan berkuap. Lebih kuat resah, lebih teruk berpeluh. Berkuap dan lemas.

Gas oksigen semakin turun. Kerana anda nak buang karbon diosida perlu bernafas secara kerap. Tapi jangka nafas masuk semakin pendek, tak sempat oksigen masuk banyak.

Kalau pakai face shield DIY (bukan plastik anti-kabus) terus berkabus pandangan. Sudahlah nafas sesak, pandangan kabur. Jantung laju, nafas cetek.

Jadi fikiran semakin kusut. Refleks jadi lambat. Bila doktor atau misi tanya, lambat boleh nak jawab. Sudahlah pakai berlapis, telinga pun jadi pekak. Suara pun tenggelam. Decision making jadi kurang tepat. Kena fikir lama dulu. Kadang-kadang kena baca nota pesakit berulang kali. Dah baca banyak kali tapi tak faham. Baru tadi baca tapi dah lupa. 

Itulah efek kurang oksigen dan tinggi karbon dioksida dalam darah. 

Sebanyak mana anda minum pun sebelum sarung PPE, anda takkan berasa nak buang air. Sebabnya semua dah bertukar jadi peluh. Sampai saat tubuh kering kekurangan air, badan hangat terperangkap haba, boleh pitam jadinya.

Anda takkan menghargai kebebasan bernafas di udara bebas sampailah anda sarung PPE selama berjam-jam dan menanggalkannya.

Nikmat ringkas namun paling bererti.

Bergelut antara narkosis dan hipoksis

Sumber : Hana

Hargailah frontliner kita, jika kita mengeluh kerja kita berat, tugas mereka jauh lebih berat dan berisiko tinggi.

Thank you frontliner.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. kite yg tengok ni pun rasa sengsaranya. bagaimana mereke yang pakaikan. hmm

    BalasPadam
  2. Yang melihat pun terasa-rasa, inikan pula mereka yang memakainya.. Semiga mereka sabar dan kuat semangat.. Aamiin..

    BalasPadam