Susulan cikgu viral berleter, cikgu viral buat tik tok dalam kelas, cikgu viral rakam video syok sendiri dalam kelas, cikgu viral rakam video marah-marah dalam kelas.

Jom baca ni...

Cikgu-cikgu. Tolonglah berhenti rakam diri sendiri sambil membebel kepada murid-murid. Dengan suara yang 'annoying', lepas tu buat-buat gedik, dan sebarkan, sangat-sangat memalukan. Tak sesuai diamalkan.

Tak salah nak membebel, tapi tak perlu rekod. Buat apa nak tunjuk satu dunia? Nak tunjuk yang cikgu-cikgu ni takde kerja asyik nak membebel je ke?

Kalau guna tiktok buat kandungan mengajar masih boleh diterima. Masih ada manfaatnya.

Mohonlah jangan menambahkan lagi persepsi negatif masyarakat terhadap profesion keguruan.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Sumber : Mohd Ridzuan

Betul tu, elakkan dari perkara seperti ini semakin menjadi-jadi. Berikutan ada yang suka membuat konten yang bukan-bukan.

Rakam perkara yang tak perlu  pun dirakam dan disebarkan.

Kadang tak faham apa tujuannya.

Setiap cikgu ada cara mengajar yang tersendiri untuk menarik perhatian murid dalam kelas. Memang kreatif supaya murid-murid tidak bosan. Ada yang guna pelbagai pendekatan dan bakat semulajadinya bagi menarik perhatian murid tapi tak perlulah rakam perbuatan tersebut.

Kalau saya, apa-apa yang berkaitan dalam kelas memang tak berani untuk rakam dan ambil gambar melainkan untuk tujuan pendidikan, simpanan dan laporan.

Itulah, sikit-sikit nak rakam...

#cikguviral #cikgutiktok #cikguzim #cikgushare